Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 7, 2012

Coret

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Pendam,
Tak siapa yang tahu,
Tak siapa yang perasan,
Tak siapa yang mengerti...

Sedih,
Pada siapa untuk dikongsi ? 
Pada siapa yang ingin tahu ?
Pada siapa yang mahu tahu ?

Sunyi,
Cuma aku yang merasa,
Cuma aku yang mengerti,
Cuma aku sahaja yang menanggung...

Kasihan... kasihan...kasihan...
Dia yang tahu apa yang terbuku, Dia yang tahu apa yang tersirat,
Dia yang tahu segalanya,
Kerana Dia yang mengatur kehidupan hamba-hambaNya...

Wednesday, May 23, 2012

RINDU NAK MENAIP !

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Selama 3 bulan blog nih berseorangan tanpa ditemani oleh coret-coretan dari aku.. alahai... kesiannya.. bersawang habes !!! Biasalah, agak sibuk sekarang.. mana nak jaga anak lagi, asbend lagi, rumahtangga lagi, kerja kat office lagi, manusia kat tempat kerja lagi, macam-macam hal lah yang memerlukan perhatian aku. Oleh kerana kekangan masa dan waktu ( bukan sama je maksud dia ?? ), maka sunyila blog ni.. Tapi aku selalu dan sentiasa ingat dengan blog ni... and now I'll try to make this blog more cheerful than me! Tu pun kalau boleh la kan... heu heu heu... ( ketawa gedik mengikut peredaran zaman )

So, untuk mukadimah ini dululah catatan coretan aku yang se-simple mungkin ni, nanti aku taep taep dan taep lagi sampaila ramai makhluk tuhan yang sudi menjengah dan membaca blog aku ni...
Wassalam..




Tuesday, February 14, 2012

Ahli keluarga baru.

Sabtu petang lepas kerja incik hubby ajak aku ke Kipmart Tampoi, kata dia nak jamu mata, ok fine ! Jamu mata di Kipmart oke. Jamu tak jamu lah kan bwk troli tu berisi jugak la dengan ikan udang segala bagai. Masa nak balik jalan-jalan sambil makan nenas potong membontoti incik hubby yang tolak troli aku ternampak ada kakak nie dengan sorang lelaki sambil duduk bertinggung kat tepi longkang besar. Aku pulak ringan je mulut bertanya "Nape kak...?" kakak tu jawab "Ada anak kucing dik dalam longkang neh, tak tawu ke mana dia berjalan tapi mengiau-ngiau dari tadi, kesian akak dengar..." Aku pun bertinggung duduk tepi tue tunggu lelaki foreigner keluarkan anak kucing tu... sambil-sambil tu akak tu membebel kat aku, dia kata tadi dia minta tolong security ( sambil tunjuk kat aku security tu) tapi mamat security tu tak nak tolong, dia kata hanya kerana kucing tak perlu dia nak susah-susah. Marah giler kakak tu ngan mamat sengal lagi biol tu. Ok, aku tunggu je anak kucing tu dikeluarkan, lepas-lepas keluarkan je ya Allah !! tak macam kucing, macam orang minyak setengah badan ! bawah badan dia hitam legam dengan  air longkang.. Then aku tanya "akak tanak bela ke anak kucing neh ?" "tak kot dik.. akak nak selamatkan dia je.."  Sambil aku pandang dia tak berkedip incik hubby terus cakap "yang, kita amik bawak balik kita bela je" haaaaa... kann... kesian la hai aku tengok ... bak kata orang Kedah 'belemoih' habes !


Kebetulan kami beli pasu untuk tanam pokok, rupanya ada hikmah ... ;)


Comot gila dia neh ... hitam legam kaki dia !



Dan sekarang dia dah jadi anak aku dengan incik hubby yang nombor 2, dan dinamakan DEBOO !! Hahahahah... ! sangat cute ! Gemok ! Mata kelabu ! Warna tompok kuning putih ! Tapi... kakak dia si Omei bermasalah... dia tanak and tak dapat nak terima adik baru dia... haih... pening jugak aku sekarang.. Tapi aku tengok perkembangan setakat malam neh aku biarkan Omei ngan Deboo get along... macam nak oke je.. Nanti aku follow up cerita dorang ni ok.

Saturday, January 28, 2012

Fahami Mereka.

Assalamualaikum...

Kekangan masa buatkan aku jarang meluah perasaan di blog ni.. ( agak skema kan ? k, back to normal! ) , tapi tapi tapi aku berFACEBOOK hari2 ! Cuma nak menaip di ruangan blog ni memerlukan perahan idea yang bernas lagi banyak untuk menjadikan ruangan ini tidak bosan. So, ruangan kali ni aku nak bercerita tentang haiwan, boleh terimakah korang ? Ah, boleh ke tak korang kena baca jugak, jugak dan jugak ! ;)

Aku follow a few bloggers yg cintakan haiwan ni, such like papa meow , papa heromeowwmania and so on... best! Macam-macam pengalaman dan pengetahuan baru yang aku belajar, contohnya macam mana nak kenal haiwan macam kucing yang ada sporo.. haaa... korang tahu tak apakah itu sporo ?? Sporo yang mana bukan sejenis kenderaan berat mahupun ringan, jugak bukan sejenis makanan bercirikan Italy.. nak tahu mengenai Sporo ?? Sila jelajah link ini.. kucing terbiar anjing jalanan . 

Kadang-kadang aku tak faham dengan sikap manusia, cukuplah kita tengok di kedai makan.. kucing mestilah besepah-sepah di kedai-kedai makan kan, sebab apa ? Mungkin sebab kucing itu yang suka hidup nomad ataupun ada manusia yang tak berapa ada hati dengan perut yang serasi buang anak-anak bulus dorang yang tak bulus lagi di tempat-tempat bajet kucing dorang akan dapat makan hari-hari, padahal kena meminta sedekah untuk dapat tulang ayam pn. Sedihla... kenapa ada manusia yang macam ni.. kadang tengok ada kucing mengiaw-ngiaw tapi tak diendahkan manusia untk bagi kucing tu walau sedikit pun.. kadang tengok sampai ada kucing yang terlalu lapar agaknya sampai memanjat-manjat, tapi yang menjadi sadis ditendang pulak oleh manusia ni... SAKIT HATI TAK ??? Banyaklah peristiwa kucing-kucing terbiar dijalanan ni.. belum lagi tengok kucing-kucing di pasar, kadang tengok ada yang montel bulu pun ala-ala parsi, tapi merempat di tong-tong sampah... alahai kamu... takpe sayang... kamu makhluk yang takde dosa..
Pelik dengan sikap manusia yang terlalu memandang jelik dengan haiwan-haiwan jalanan neh... kes anjing pun sama, kenapa perlu memandang binatang tu dengan penuh rasa keji, jijik ? dia jugak makhluk Allah, Allah yang ciptakan dia, yea anjing binatang haram, tapi tolonglah... jangan sempitkan pemikiran korang... tak semua part menunjukkan anjing itu terlalu hina, belajar lah... 

Aku bukan nak jadi penceramah haiwan jalanan kat sini ke apa ke, but I am the animal lover, so why not we share each others with you guys .. ? Ni ada video yang aku nak share.. Papa Meow mintak izin dr penunngu gua ea nk uplod letak kat cni.. hehehe... http://www.youtube.com/watch?v=Ntm6BpeCQ4k&feature=player_embedded#!

Oklah, ni je yang sempat aku nak bebelkan, mengantuk ... nak siapkan makan minum Omei dulu sebelum tido ... 

Monday, January 16, 2012

..

I MISS MY MOM... I MISS MY DAD... VERY MUCH... LOVE BOTH OF YOU WITH ALL MY HEART... damn missed .. !! :'(


aku itu ini dia

Salam...

Tahun Baru
Semua orang sambut tahun baru dengan meriahnya, gilang gemilangnya, dengan azam barunya.. wah !! Bestnya !! Tapi aku terlupa, yang umur aku pun meningkat sama, oh Tuhan.. terima kasih kerana panjangkan usiaku.. Tapi tak sangkakan, oh itu adalah usia saya dan itu adalah saya yang masih lagi dalam percubaan untuk mendapatkan zuriat yang selama ini sentiasa ditanya-tanya orang sekeliling. Semakin lama semakin menyesakkan aku, tapi ... haih... macam mana la boleh aku luahkan ni... kadang-kadang sedikit sebanyak cerita orang-orang sekeliling adakalanya bermain-main dalam otak aku, cerita dari oang-orang yang sudah berkahwin dan mempunyai cahayamata, kata dorang lepas dapat anak perhatian akan diberi lebih untuk anak, ibu ?? pandai-pandailah kau... hahahaha! Betol ke ?? Agaknya depends jugak kot kan ... hope encik asben aku tak lah macam tu... hope encik asben tak lupakan wifeynya.. Amin... -_-

Anak Angkat
Aku bela anak, yer.. anak !! Anak bulus. Nama Omei, anak gelandangan, dipelihara oleh mama babah yang amat sayangkan dia, mata kuning bulu kuning, dan tersangat sangat nakal dan lincah ! Hari-hari mintak babab, tapi aku babab manja la... takdela mendera... sayang omei !!


Syg mama tido sangat nyenyak !!


Dah jatuh bangun balik tido tempat sama tapi ubah posisi ! Hahahaha !! Omei...omei...

Kehidupan
 Kadang-kadang terasa hidup ni tidak adil, tidak adil untuk aku, tapi kalau difikirkan balik, adilkah aku untuk semua orang ?? Mestilah tak kan.. tapi.. Aku bersyukur, sebab atas semua perasaan inilah membuatkan aku lebih sabar sabar dan sabar ;) Tapi sabarkah aku ?? Tuhan je yang Maha Mengetahui... Aby, satu nama yang diberikan untuk seorang wanita yang kadang-kadang perangai dan tingkah-lakunya susah diramal, itulah aku.


Apalah aku nak bebelkan kali ni... otak ni penuh dengan benda nak diluahkan, macam nak dimuntah-muntah dalam blog ni, but at certain part we should hiding from other's right... tapi... hmmm... whateverlah, just want to say, even i'm here, i'm here just because of you, i'm here just want to be with you, and don't ever you put me downstairs but the others upstairs ...





Saturday, December 31, 2011

Cepatnya 2011 berlalu ...

30 minit lagi 2011 bakal melabuhkan tirai.. tamatlah episod kehidupan aku untuk 2011.. macam-macam cerita pahit manis aku ubtuk 2011, yang aku tempuhi dengan penuh kesabaran. It's a normal la untuk manusia kan ada pahit manis dalam kehidupan, tapi antara banyak-banyak tahun, the past 6 year's adalah tahun yang getir untuk aku lalui, and 2011 adalah tahun yang baru untuk kehidupan aku yang baru.

2011, tahun di mana aku bergelar isteri, setahun dah gelaran tu aku pegang, segala onak ranjau aku tempuhi dengan penuh kesabaran.. Alhamdulillah, aku dengan encik asben tempuhinya dengan baik. Macam-macamlah cerita 2011 yang aku simpan, yang aku boleh share n ringkaskan kat sini, 4 bulan lepas kawen sempat tinggal sebumbung dengan asben, lepas tue aku move ke shah alam, keeja kat sana selama 7 bulan dan kembali duduk dengan asben kat sini... so, no wonderla aku tak bercakap tentang baby, aku tak mention baby dalam perut tendang-tendang, baby nak disusukan.. sebab apa ? sebab aku belum diberikan rezeki zuriat lagi... benda-benda macam ni kadang-kadanga merimaskan aku dengan soalan-soalan dari orang-orang sekeliling. Atas sebab tu jugak aku lebih suka memencilkan diri dari semua orang terutama dengan saudara-mara, sebab penat nak jawab soalan tentang anak, dari aku terus memendam hati and akan terus tertekan baik aku duduk dengan asben kat sini, kan ?

Jadi sekarang aku sudah bekerja di johor, alhamdulillah... aku selesa kerja di sini, biarkan takde anak lagi asalkan aku dah sebumbung dengan asben, so orang dah takkan mengata aku lagi kan... haih! penat la cakap hal ni!! penat dah nak mention kat semua orang I'M NOT PREGNANT YET !!! Oooemmmgeee !!! Penatla ...

Tetiba idea aku nak teruskan tulisan ni stuck .... aku stop kat sini dulu boleh.. ?no mood...

Sunday, December 18, 2011

Syarahan !!

Salam dan salam 1 Malaysia !

Lama tak update blog, usha punya usha dah sebulan lebih tak update blog, sampaila dah masuk bulan 12. Sekarang ni sibuk dengan pekerjaan baru ( big talk betol la hang b! ), masuk kerja pukul 8 habis kerja pukul 5, tapi kadang-kadang pukul 6.30 baru balik, samada kerja overload ataupun encik asben tak dapat datang ambil pukul 5 tepat ... hai... pesal aku forrrmal sangat neh !!

Ok2, saja je nak bercerita berkongsi dan meluahkan rasa ( -_~ ), last week tanggal  8.12.2011 aku balik kedah, gembira bukan kepalang lagi i taw !! ekekekekeke !! Aku balik sebab kakak aku bertunang 10.12.2011

 Congrates to you and ur fiancee encik Fahmi, lepas ni tinggal satu stage jer lagi lalu kamu akan melalui episod seperti saya... ekekekeke!!! Balik kampung and spend time with my family is the part that i rarely can be done for 3 months... hmm.. sedar tak sedar 3bulan lamanya aku tak balik tengok muka mak abah aku... tragis x?? hehehe.... dah makin jauh macam nie la... macam mana nak stay Australia ni setakat duduk johor 3 bulan tak jumap dah kerinduan! Ekekekek!! Habes semua kawan-kawan aku jumpa masa aku balik sana, melepas kerinduan kat umairah, ummi habibah and ushhida ...

Beliau dtg lambat !!! Time orang nak punggah khemah meja semua time tu dia nak mai !! Wat eber it is... wishing that u'll come coz i miss u lah makcik ! ;)

 Yeahhh !!! Kawan kecik, besaq, muda and tua aku, bagai isi dengan kuku dah kami !!! Thanks darl for coming n temankan aku .. :))

Andddd her !! Si jepun ni bakal mengakhiri zaman bujang dia 31.12.2011 ni dengan jejaka perlis, so sorry my bestie, x dapat nak attend wedding hang, tapi aku dah datang awal jumpa hang kan... sedih tak dapat datang sama-sama share saat bahagia hang tapi aku yang jauh sentiasa doakan kebahagiaan hang taw !! Sayang hang !! :'(

ok dah.. aku pun dah nak naik sedih dah.. anyway kawan baik aku kawen pun aku tak dapat nak attend sebab aku kerja, anyway congrats's to both of you NUR AMALINA HASSUNA & ISKANDAR, moga berkekalan bahagia selamanya hingga hujung nyawa .

Ini diaaa !!! Congrats's dear ;)
Ok dah, sekarang aku nak story one thing la... saja ja nak share kan mana taw kot-kot ada pendapat yang rasa aku cakap tak betul ni just drop to my box and i promise i'll read it ! Bukan apa, last week aku mengempiskan purse aku kat pasar malam kat area aku stay ni, lepas balik kerja je aku drop pasar malam dengan asben aku, jalan punya jalan sampai 8 jari sangkut dengan plastik makanan saja aku lintas satu gerai ni ... pasangan ni jual bahan-bahan ilmiah, dia jual buku-buku agama, CD VCD ceramah agama, tasbih, Al-Quran and so on la.. pendek kata semuanya berkaitan keagamaan. Aku dengan asben pun drop la kat gerai tu, belek buku agama, belek CD VCD nak tengok mana yang berkenan, tapi ! Bila keluar ja si penjual aku dengan asben terus pandang sesama sendiri and terus blah dari situ ... nak tahu kenapa ? Dorang jual ilmiah, yea aku sokong, itu dah satu pahala sebab menyebarkan ilmiah untuk orang lain, mereka ni jugak jual bahan-bahan keagamaan, yang berkaitan dengan ISLAM, tapi apa pulak cerita kalau attitude dorang langsung tak menggambarkan apa yang dorang nak berkongsi tu ? penjual wanita pegang al-quran dengan tak menutup aurat, pakai legging, dengan rambut panjang, baju tak cukup kain se-ela, macam mana tu ?? Kau tahu tak kau pegang apa tu ??? Kitab Allah ! Astaghfirullah ... yang lelaki berantai leher tangan... macam mana ni ... memang patutla gerai korang orang lalu je tak singgah ... Tolonglah yea yang di luar, tolong hormat dengan agama kita walau kita tak laksanakan semua tu dengan sempurna, tapi tolonglah hormat.. Aku bercakap bukan nak katakan aku ni perfect, cuma apa yang aku pandang tu it's not cool..it's not nice to other religion look at .. hmm.. 

Setakat ni je syarahan aku, mukus di hidung dah tak dapat dibendung lagi, tetiba pulak datang bersin sesema neh... aku out dulu, oh ya... dibawah ni ada satu picture

Kegemaran aku dulu kini dan selamanya ...

Damai...





Sunday, November 20, 2011

Anniversary Saya dan Awak

Setahun sudah usia perkahwinan aku dan mr.asben .... nampak tak kat atas tuuuuuuu 1YEAR 1DAY ?? hehehe... setahun berlalu ... banyak pahit manis dalam setahun, alhamdulillah kami laluinya dengan tabah dan kuat.. My marriage nie sekali lalu nampak macam sebelum kawen je, nak tau sebab apa ? Lepas kahwin, sempat tinggal sebumbung 4 bulan jea, then aku mula kerja di shah alam 7 bulan.. then sekarang baru aku balik ke sini d sebelah mr.asben balik... penat kan ? Macam-macamlah orang kata sepanjang setahun ni, tapi aku pekak kan telinga je... dr soal anak sampaila soal aku tinggal berjauhan dengan asben.

So, lepas nie soalan-soalan tu takkan kehabisan walau kami dah tinggal sebelah menyebelah, nak tau soalan apa ? ANAK !! What everlah... malas nak layan da soalan-soalan kak joyah dengan mak bedah tu... MALAS!

So, malam tadi aku dikejutkan dengan surprise dari mr.asben ! Dari A-Z dialah yang prepare semua... aku ?? Maklumla.. aku kerja sekarang ni aku cepat letih sebab otak aku banyak digunakan, so effect tenaga jugakla... (yeke ?) Tapi lucu laaa... semuanya antik !!! Heheheheh... dia create 'meja' untuk candy light dinner kami ... dia beli lilin walau lilin tue biasa orang guna untuk black out jer.. dia prepare pinggan, sudu, garfu, napkin... everything laaa... ala-ala makan kat tempat mewah tapi sangat terharu sebab kesungguhan dia prepare semua tu.. And dia jugak sediakan lamb chop yang terbaik dan terhebat dan tersedap di lidah aku! Hehehehehe... terharu birulah bila dia suruh duduk dalam bilik sampai everything is perfect then dia suruh aku keluar... memang candy light dinner la... macam yang aku idam-idamkan... haiii...

Kepada mr.asben a.k.a Mohd Zamawi ... Happy Our Anniversary untuk satu tahun... :)


Picture later aku upload ok..!

Musim

Eeee lama tak update blog ! Rindu nak kongsi macam-macam cerita, macam-macam gosip, tapi sekarang semuanya dah terkubur di dalam otak... aku biasa la, mudah hilang ingatan.. hehehe! Status aku sekarang sudah mula bekerja di satu tempat yang mana kalau aku sebut pun semua orang akan tahu, tapi aku tak nak lah ambil kesempatan dengan publisiti murahan nih untuk menguar-uarkan nama tempat kerja aku ... hahahahaahahhahaahha! Aduh...aduh.. aku kerja biasa-biasa jer, kerja sampai dapat apa yang aku hajatkan then i'll find another job as what as i dream... K, done with this.

Sekarang bulan 11 dan tak lama lagi akan datang bulan 12, sekaranglah musim orang nak kahwin, nak buat kenduri kendara... cuti sekolah pulak, musim budak-budak berkhatan.. Jemputan yang aku dapat tak kurang hebatnya, yang bestnya tahun ni semua kawan-kawan baik aku naik pelamin, alhamdulillah... I'm da person that soooo happy with all of you guys...

Tapi, aku tak dapat attend semua majlis kawan-kawan baik... aku jauh, jauh nun disini... aku sedih, terkilan sebab tak dapat pergi wedding kawan-kawan baik.. jauh disudut hati aku nak sangat aku pergi... aduhai sahabat... serba salah aku dibuatnya, nak diceritakan masalah aku, tak semua yang akan faham... ok lah aku nak buat official confession kat sini, aku mintak maaf dengan seribu kemaafan atas ketidakhadiran aku di majlis sahabat-sahabat semua... minta maaf.. harap tiada terkecil hati ataupun  marah kalian kat aku...

Aku minta maaf...

Aku bkn superwomen...I'm sorry..