Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, December 31, 2011

Cepatnya 2011 berlalu ...

30 minit lagi 2011 bakal melabuhkan tirai.. tamatlah episod kehidupan aku untuk 2011.. macam-macam cerita pahit manis aku ubtuk 2011, yang aku tempuhi dengan penuh kesabaran. It's a normal la untuk manusia kan ada pahit manis dalam kehidupan, tapi antara banyak-banyak tahun, the past 6 year's adalah tahun yang getir untuk aku lalui, and 2011 adalah tahun yang baru untuk kehidupan aku yang baru.

2011, tahun di mana aku bergelar isteri, setahun dah gelaran tu aku pegang, segala onak ranjau aku tempuhi dengan penuh kesabaran.. Alhamdulillah, aku dengan encik asben tempuhinya dengan baik. Macam-macamlah cerita 2011 yang aku simpan, yang aku boleh share n ringkaskan kat sini, 4 bulan lepas kawen sempat tinggal sebumbung dengan asben, lepas tue aku move ke shah alam, keeja kat sana selama 7 bulan dan kembali duduk dengan asben kat sini... so, no wonderla aku tak bercakap tentang baby, aku tak mention baby dalam perut tendang-tendang, baby nak disusukan.. sebab apa ? sebab aku belum diberikan rezeki zuriat lagi... benda-benda macam ni kadang-kadanga merimaskan aku dengan soalan-soalan dari orang-orang sekeliling. Atas sebab tu jugak aku lebih suka memencilkan diri dari semua orang terutama dengan saudara-mara, sebab penat nak jawab soalan tentang anak, dari aku terus memendam hati and akan terus tertekan baik aku duduk dengan asben kat sini, kan ?

Jadi sekarang aku sudah bekerja di johor, alhamdulillah... aku selesa kerja di sini, biarkan takde anak lagi asalkan aku dah sebumbung dengan asben, so orang dah takkan mengata aku lagi kan... haih! penat la cakap hal ni!! penat dah nak mention kat semua orang I'M NOT PREGNANT YET !!! Oooemmmgeee !!! Penatla ...

Tetiba idea aku nak teruskan tulisan ni stuck .... aku stop kat sini dulu boleh.. ?no mood...

Sunday, December 18, 2011

Syarahan !!

Salam dan salam 1 Malaysia !

Lama tak update blog, usha punya usha dah sebulan lebih tak update blog, sampaila dah masuk bulan 12. Sekarang ni sibuk dengan pekerjaan baru ( big talk betol la hang b! ), masuk kerja pukul 8 habis kerja pukul 5, tapi kadang-kadang pukul 6.30 baru balik, samada kerja overload ataupun encik asben tak dapat datang ambil pukul 5 tepat ... hai... pesal aku forrrmal sangat neh !!

Ok2, saja je nak bercerita berkongsi dan meluahkan rasa ( -_~ ), last week tanggal  8.12.2011 aku balik kedah, gembira bukan kepalang lagi i taw !! ekekekekeke !! Aku balik sebab kakak aku bertunang 10.12.2011

 Congrates to you and ur fiancee encik Fahmi, lepas ni tinggal satu stage jer lagi lalu kamu akan melalui episod seperti saya... ekekekeke!!! Balik kampung and spend time with my family is the part that i rarely can be done for 3 months... hmm.. sedar tak sedar 3bulan lamanya aku tak balik tengok muka mak abah aku... tragis x?? hehehe.... dah makin jauh macam nie la... macam mana nak stay Australia ni setakat duduk johor 3 bulan tak jumap dah kerinduan! Ekekekek!! Habes semua kawan-kawan aku jumpa masa aku balik sana, melepas kerinduan kat umairah, ummi habibah and ushhida ...

Beliau dtg lambat !!! Time orang nak punggah khemah meja semua time tu dia nak mai !! Wat eber it is... wishing that u'll come coz i miss u lah makcik ! ;)

 Yeahhh !!! Kawan kecik, besaq, muda and tua aku, bagai isi dengan kuku dah kami !!! Thanks darl for coming n temankan aku .. :))

Andddd her !! Si jepun ni bakal mengakhiri zaman bujang dia 31.12.2011 ni dengan jejaka perlis, so sorry my bestie, x dapat nak attend wedding hang, tapi aku dah datang awal jumpa hang kan... sedih tak dapat datang sama-sama share saat bahagia hang tapi aku yang jauh sentiasa doakan kebahagiaan hang taw !! Sayang hang !! :'(

ok dah.. aku pun dah nak naik sedih dah.. anyway kawan baik aku kawen pun aku tak dapat nak attend sebab aku kerja, anyway congrats's to both of you NUR AMALINA HASSUNA & ISKANDAR, moga berkekalan bahagia selamanya hingga hujung nyawa .

Ini diaaa !!! Congrats's dear ;)
Ok dah, sekarang aku nak story one thing la... saja ja nak share kan mana taw kot-kot ada pendapat yang rasa aku cakap tak betul ni just drop to my box and i promise i'll read it ! Bukan apa, last week aku mengempiskan purse aku kat pasar malam kat area aku stay ni, lepas balik kerja je aku drop pasar malam dengan asben aku, jalan punya jalan sampai 8 jari sangkut dengan plastik makanan saja aku lintas satu gerai ni ... pasangan ni jual bahan-bahan ilmiah, dia jual buku-buku agama, CD VCD ceramah agama, tasbih, Al-Quran and so on la.. pendek kata semuanya berkaitan keagamaan. Aku dengan asben pun drop la kat gerai tu, belek buku agama, belek CD VCD nak tengok mana yang berkenan, tapi ! Bila keluar ja si penjual aku dengan asben terus pandang sesama sendiri and terus blah dari situ ... nak tahu kenapa ? Dorang jual ilmiah, yea aku sokong, itu dah satu pahala sebab menyebarkan ilmiah untuk orang lain, mereka ni jugak jual bahan-bahan keagamaan, yang berkaitan dengan ISLAM, tapi apa pulak cerita kalau attitude dorang langsung tak menggambarkan apa yang dorang nak berkongsi tu ? penjual wanita pegang al-quran dengan tak menutup aurat, pakai legging, dengan rambut panjang, baju tak cukup kain se-ela, macam mana tu ?? Kau tahu tak kau pegang apa tu ??? Kitab Allah ! Astaghfirullah ... yang lelaki berantai leher tangan... macam mana ni ... memang patutla gerai korang orang lalu je tak singgah ... Tolonglah yea yang di luar, tolong hormat dengan agama kita walau kita tak laksanakan semua tu dengan sempurna, tapi tolonglah hormat.. Aku bercakap bukan nak katakan aku ni perfect, cuma apa yang aku pandang tu it's not cool..it's not nice to other religion look at .. hmm.. 

Setakat ni je syarahan aku, mukus di hidung dah tak dapat dibendung lagi, tetiba pulak datang bersin sesema neh... aku out dulu, oh ya... dibawah ni ada satu picture

Kegemaran aku dulu kini dan selamanya ...

Damai...





Sunday, November 20, 2011

Anniversary Saya dan Awak

Setahun sudah usia perkahwinan aku dan mr.asben .... nampak tak kat atas tuuuuuuu 1YEAR 1DAY ?? hehehe... setahun berlalu ... banyak pahit manis dalam setahun, alhamdulillah kami laluinya dengan tabah dan kuat.. My marriage nie sekali lalu nampak macam sebelum kawen je, nak tau sebab apa ? Lepas kahwin, sempat tinggal sebumbung 4 bulan jea, then aku mula kerja di shah alam 7 bulan.. then sekarang baru aku balik ke sini d sebelah mr.asben balik... penat kan ? Macam-macamlah orang kata sepanjang setahun ni, tapi aku pekak kan telinga je... dr soal anak sampaila soal aku tinggal berjauhan dengan asben.

So, lepas nie soalan-soalan tu takkan kehabisan walau kami dah tinggal sebelah menyebelah, nak tau soalan apa ? ANAK !! What everlah... malas nak layan da soalan-soalan kak joyah dengan mak bedah tu... MALAS!

So, malam tadi aku dikejutkan dengan surprise dari mr.asben ! Dari A-Z dialah yang prepare semua... aku ?? Maklumla.. aku kerja sekarang ni aku cepat letih sebab otak aku banyak digunakan, so effect tenaga jugakla... (yeke ?) Tapi lucu laaa... semuanya antik !!! Heheheheh... dia create 'meja' untuk candy light dinner kami ... dia beli lilin walau lilin tue biasa orang guna untuk black out jer.. dia prepare pinggan, sudu, garfu, napkin... everything laaa... ala-ala makan kat tempat mewah tapi sangat terharu sebab kesungguhan dia prepare semua tu.. And dia jugak sediakan lamb chop yang terbaik dan terhebat dan tersedap di lidah aku! Hehehehehe... terharu birulah bila dia suruh duduk dalam bilik sampai everything is perfect then dia suruh aku keluar... memang candy light dinner la... macam yang aku idam-idamkan... haiii...

Kepada mr.asben a.k.a Mohd Zamawi ... Happy Our Anniversary untuk satu tahun... :)


Picture later aku upload ok..!

Musim

Eeee lama tak update blog ! Rindu nak kongsi macam-macam cerita, macam-macam gosip, tapi sekarang semuanya dah terkubur di dalam otak... aku biasa la, mudah hilang ingatan.. hehehe! Status aku sekarang sudah mula bekerja di satu tempat yang mana kalau aku sebut pun semua orang akan tahu, tapi aku tak nak lah ambil kesempatan dengan publisiti murahan nih untuk menguar-uarkan nama tempat kerja aku ... hahahahaahahhahaahha! Aduh...aduh.. aku kerja biasa-biasa jer, kerja sampai dapat apa yang aku hajatkan then i'll find another job as what as i dream... K, done with this.

Sekarang bulan 11 dan tak lama lagi akan datang bulan 12, sekaranglah musim orang nak kahwin, nak buat kenduri kendara... cuti sekolah pulak, musim budak-budak berkhatan.. Jemputan yang aku dapat tak kurang hebatnya, yang bestnya tahun ni semua kawan-kawan baik aku naik pelamin, alhamdulillah... I'm da person that soooo happy with all of you guys...

Tapi, aku tak dapat attend semua majlis kawan-kawan baik... aku jauh, jauh nun disini... aku sedih, terkilan sebab tak dapat pergi wedding kawan-kawan baik.. jauh disudut hati aku nak sangat aku pergi... aduhai sahabat... serba salah aku dibuatnya, nak diceritakan masalah aku, tak semua yang akan faham... ok lah aku nak buat official confession kat sini, aku mintak maaf dengan seribu kemaafan atas ketidakhadiran aku di majlis sahabat-sahabat semua... minta maaf.. harap tiada terkecil hati ataupun  marah kalian kat aku...

Aku minta maaf...

Aku bkn superwomen...I'm sorry..













Sunday, November 13, 2011

Kehidupan : Kerjaya

Life so wonderful ... Ayat yang selalu didengar, ayat yang selalu disebut-sebut.. yeah.. life can be so wonderful without problems... but can we live without prob ?? I don't think so lahh... sebab dengan masalah mematangkan kita, dengan masalah membuatkan kita berfikiran waras, dengan masalah jugak kadang-kadang menimbulkan pelbagai episod buruk dalam kehidupan... Dalam hidup ni kalau tak kukuh iman habisla..terpesongla kita.. aku ? Alhamdulillah la...walau iman aku tak setebal kamus dwibahasa jilid 3 tapi alhamdulillah la iman aku tak jugak senipis kulit bawang... yea aku nakal, tapi kewarasan masih ada.. ;)

Hidup harus kerja, tak kerja maka tak boleh hidup, sebab ? sapa nak bagi kita makan ? sapa nak belikan kita pakaian ? sapa nak penuhi kehendak dan kemahuan kita ? Tapi, kenapa aku rasa kerja SANGAT MEMBOSANKAN... puas ditarbiah en.asben, tapi aku tetap dengan pendirian aku... tapi ... apa nak dibuat, tak cuba maka aku tak tahu.. oleh itu tanggal esok 14.11.2011 aku akan mula kerja ditempat baru... hope everything will be fine... yeahh... cik ummi habibah dah tarbiahkan aku tadi jugak.. "hang jangan pk hang keja sebab duit, hang set dlm pala otak hang hang kerja sebab nak bantu asben hang, jadikan kerja sebagai satu ibadah untuk hang,insya'llah hang akan ikhlas bila buat kerja".. Well ummi, your advice is very useful !!! Sikit sebanyak ada perubahan dah aku buat, iaitu aku dah menggosok baju untuk pergi kerja esok...

Aby, you can do it !!!

We shared everything together.... thanks coz always beside on me...

Saturday, November 12, 2011

New Life Begin...

Yup ! New life begin... aku dah mula berpindah ke Johor, akan mula bekerja di Nusaya minggu depan hari Isnin... bagai di atur kan semua ni...? Semua berlaku pantas, cepat.. tak seperti yang aku rancang sebelum aku ambil keputusan berhenti kerja and balik ke Johor.. my plan is.. balik johor, rehat kejap 2bulan, balik kedah and baru nak mula kerja. Tapi... hmm.. biarlah.. mungkin ini yang Tuhan tentukan.. jadi aku ikut ja selagi aku termampu.. oh Tuhan... I hope i can stand with this...

Bukan tak gembira, yes I'm happy to come back with my hubby, but I'm not ready to get working for this time... aaaaaaaaaaaaaaaaaa! Dah nak jadi macam tarzan dah aku asa.. I want my smile back !! Like this !!


Oppsss !! Ini terlebih syok ! Heee....

Monday, October 31, 2011

Beralah, Berkongsi & Perubahan

Kadang-kadang perasaan beralah kita mestilah ada, harus ada dan perlu ada. Tak semestinya apa yang kita ada kita tak perlu berkongsi, berkongsikan lebih baik jadi biar semua orang merasa kegembiraan kita.. ya, yang dimaksudkan berkongsi adalah berkongsi kegembiraan. Yang dikatakan beralah adalah perasaan. Kadang-kadang kita perlu la sedar yang kita tak selamanya macam yang sedia ada, perubahan pasti berlaku, pada tiap diri masing-masing. Tapi paling ketara bila perubahan berlaku ke atas manusia, sebab manusia mampu berubah sekelip kata, beralah untuk menjaga kepentingan orang lain dan berkongsi untuk menjaga hati orang lain. Bagusla... ada lagi ke orang zaman sekarang macam ni ? mungkin dah berkurangan agaknya...

Wednesday, October 26, 2011

.

Terasa hati yang teruk !! Damn lah hati !!! Dah aku cakap kan jangan nak terasa-terasa lebih boleh tak ??

Tuesday, October 25, 2011

Sekilas lalu..

Apa aku nak taip ni eh.. no idea la pulak nak mengarang jenuh-jenuh.. boleh tak buat point-point je ? Gedik la kau b ! Aku bakal berhenti kerja, bakal pulang semula ke Johor after 7 month berjauhan dengan hubby.. and masih menanti apa yang akan berlaku pada aku di masa akan datang.. wait and see je lah kan... hmmm... luar nampak senyum gembira, dalam hati Tuhan je tawu apa yang tersirat dan tersurat.

Wednesday, October 19, 2011

Someone Like You...




I heard that you settled down
That you found a girl and you're married now.
I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things I didn't give to you.

Old friend, why are you so shy?
Ain't like you to hold back or hide from the light.

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,"
Yeah.

You know how the time flies
Only yesterday was the time of our lives
We were born and raised
In a summer haze
Bound by the surprise of our glory days

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Nothing compares
No worries or cares
Regrets and mistakes
They are memories made.
Who would have known how bittersweet this would taste?

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes 

Tuesday, October 18, 2011

Kepada Awak ! Yes awak...

Nor Hazah Kamilah, nama kak sedap.. secantik orangnya.. 1st day ab kenal akak, akak the best la yang kami ada, kak amy banyak tolong kami, back up kami, and so on la... kak amy jugak banyak bercerita tentang perangai seorang demi seorang dalam office ni.. dan kami mendengar penuh ketekunan. Kak berkongsi pelbagai cerita dengan kami, dan kami pun berkongsi dengan akak. Bulan pertama ab di Kesan Suci Sdn Bhd sangatlah ok, kak treat kami macam adik-adik, nice :) ! Episod bermula bila kak amy start duduk bilik asing dengan kami.. kak amy da duduk bilik asing... yealah.. Head of Finance kan... so its ok lah for you and best for you la..
Tapi !! Bila dah kak duduk dalam bilik tu, ntah jin apa yang merasuk kak..sorang-sorang pekerja resign and THAT'S BECAUSE OF YOU !! Yeah you Nor Hazah Kamilah... ke kak amy yang nak macam tu.. ?? Now apa plan akak ni... ?? Nak jatuhkan ab ke ??? kan ramai lagi pekerja-pekerja lama, so kak buatlah semua orang berhenti eh... kak nak jadi CEO company tu kan..? Your job is only in FINANCIAL PART !! Not in operation, not in admin, not anywhere !!!! Faham tak ni ??? Kau jaga part kau sudah as a HEAD OF FINANCE !!!
 Enough la Nor Hazah Kamilah.. please, change your attitude before the whole world menyumpah seranah kau....


Release Tention !!!

Uhuiii !!! Weekend lepas aku lepak lepok lepek dengan ex-officemate aku, cik Wanie senget ! teheeeee~ tapi ampa memang senget pun kan ? tapi senget-senget comei tak pa kan... ekekke~ We have lot of fun ! Pergi dengan komuter, turun midvalley shopping sakan macam Orang Kaya Baru, balik dengan kereta, singgah sesat di bukit jelutong mencekik, drop uptown s.alam amik barang. Ahad pun keluar lagi tengok wayang !! hah kau !!!  Oh ya, ingin saya nyatakan di sini ya, the point here is bukan nak mention yang poket tebal, the point is nak cakap minggu me-release-kan otak aku yang beku, keras !!!

 aby yg gemoks ~

wanie yg soooka mengunyah! ahaks~

kami org-org yg senget~

cik wanie ataih smpai bawah bau baru! hahahah~ 

qenyehhhhhhhh~ 

xtaw nk cakap guana muka mcm ni~



Wednesday, October 12, 2011

Pulun !

Nahh tajuk ! Pulun dalam erti kata bahasa Melayunya adalah Berusaha ! Tapi betul ke "pulun" dalam loghat utara nih bersamaan dengan "usaha", tapi aku rasa betul la tu... hmmm! Aku tengah pulun cari quote or words to make myself more powerful! Hahahaha! Actually today aku rasa down gila-gila... entah what kind of stress yang menimpa aku tapi apabila stress-stress itu digabungkan dalam satu masa maka aku rasa dah tak boleh nak berdiri sangat dah.

Satu hari saja aku dah mengalami pelbagai situasi, situasi dimarahi, dimaki, emosional, terkejut, tergamam dan macam-macam lagilah... tempat kerja dengan karenah masalah manusia-manusia kat tempat kerja, macam-macam hal. Punya berfikir nih masa aku balik dari makan dengan https://www.facebook.com/profile.php?id=100001287829571 (cik wani) , aku hampirrrr arwah !! Subhanallah.. terkejut beruk badak gajah tapir landak bila aku nak cross ke laluan moto tiba aku boleh tak perasan ada kereta menyimpang dengan jalan aku... break teseret tayar kereta tu dibuat aku! Sumpah aku tekejut... sumpah... and the best part aku berlalu tanpa berpaling langsung kat kereta tue macam tadek apa-apa yang jadi pun padahal jalan dah berasap.. hmmm.. bila jadi perkara macam ni... macam-macam berlegar-legar dalam kepala aku... inilah dia nasib hidup seorang yang independent .. kena selalu jaga diri sendiri...

"HAPPINESS IS FELT WHEN YOUR LIVE GIVES YOU WHATEVER YOU ARE READY TO GIVE "

Sunday, October 9, 2011

Tabiat @ Buang tebiat ??

Haa... sekali aby dah datang kerajinan dia nak menaip habisla.... taip taip dan taip jea lah dia. Aku nak bercerita, nak memberitahu dan nak kongsi dengan korang apa yang aku lihat dengan mata aku selama ni... ini sekadar pendapat pandangan aku jea, if korang tak selesa maaf la..

Dah banyak kali aku tengok, geli pun ada, geleman pun ada... tapi apakah manusia mahupun orang yg melakukannya tak ke dorang rasa apa yang dorang buat tue... is not like human being ! Haihh... is that MELUDAH MERATA-RATA was a normal for u guys ??? Oh my... banyak dah aku tengok, tak kira lah mana je lelaki ke perempuan ke sama je, yang tak tahu malu ludah sesuka hati di khalayak ramai, di tempat awam. If orang terpijak ?? Astaghfirullahal'azim... kebersihan u all mana... pakai baju seluar lengkap, pakai perfume wangi sampai lima batu, tapi ur behave like someone yang tak bersekolah. Tolongla... geli la makkk nengok nyeee!! Kalau air liur semata-mata je kuar ok lagilah kot tapi kalau... eeiiiyyaakkk !!!! Budus punya orang! Akai ada akai!

Ermm...tue jek untuk entri aku kali ni, moral of the story, jagalag kebersihan anda dari luar dan dalam sebabnya dari kebersihan diri kita itulah mencerminkan keperibadian kita... ( ase last posting aku pun ayat yang sama...yea x? )

 NO SPITTING !!

Wednesday, October 5, 2011

Comel !

Alaaaa..... tajuk pun dah comel kan, mestilah apa yang aku nak taip just yang comel-comel je! ahaks!! Takde la... aku just wonder, I like to see semua yang dress up yang comel-comel, ber-shawl comel-comel, baju comel-comel, dress yang comel-comel.. macam ni --->


tapi bila aku bayangkan badan aku ni dari atas sampaila bawah disarungkan dipakaikan mahupun diperhiaskan sedemikian rupa, COMELKAH ???? hahahahahahahhah! Sound like jealousy and the truth is YES !! I'm sooo JEALOUS to ladies out there yang dress up comel-comel tu, sebab SHAYE PUN NAK COMEL JUGAK! hehehe... Tapi betul, pemakaian kita mencerminkan keperibadian kita, ada orang pakai sopan tutup habis semua pun kadang terkurang jugak, dan jugak sebaliknya... kat blog aku ni bolehkan aku uplod picture artis ?? nahhh nyahh... kau nak ganti blog BEAUTIFUL NARA keee ???




Alahai... comel kan comel kan dia ..? sangat kot ! Aku minat kot kat dia! That's why la aku tengok cerita Kasih Aliya tue, tapi... ermm... GERAM !! Apabila kita terlalu nak ikut trend terkini dan tidak mahu dikatakan ketinggalan fesyen, inilah jadi nya...INILAH! Nampak tak aku caps lock kan keyboard aku sebab aku nak memperlihatkan apa yang salah !! haihh... biar kita jahil di dalam, jangan nampak jahil di luar, sekian!

Tuesday, September 27, 2011

Aku Tetap Macam Ni

Nampak tak tajuk utama penceritaan aku kali ni ? Aku Tetap Macam Ni ! Aku pun takdek idea tajuk apa yang sesuai nak letak sebab apa banyak sangat nak ditaip ni, macam-macam edisi, macam-macam slot, pendek kata macam-macam ada! Heheheheh..

Alhamdulillah... Aku jalani Ramadhan dengan kesyukuran...jalani Ramadhan sebagai seornag isteri buat pertama kali, tapi lain.. walau aku memegang title isteri tapi bukan macam isteri-isteri yang lain. Aku adalah isteri yang jauh dari suami, yang tak dapat sediakan juadah berbuka untuk suami, yang xdapat sediakan sahur untuk suami, aku tak dapat merasai semua tu Ramadhan tahun ni.. Insya'llah, harap tahun depan aku dapat lalui macam mana isteri-isteri lain buat.. sedih x sedih x ? hehehe.. macam meraih simpati ke ? tak pun... takdek niat aku nak raih simpati pun.. saja nak menaip, gatal-gatal dah jari nak menaip sebenarnya.. eheks!!
Syawal pun lagi sehari je akan berakhir, maka berakhirlah Syawal ... Syawal disambut sebagai wife !! syiokkk !!

Seronok kawan-kawan update news dah pregnant, ada yang dah get a baby, tahniah untuk semua !! Bestnyaaaa..... ! Aku jangan ditanya lagi, belum berisi lagi... 'dah lama kawen, 10 bulan dah kan ? napa tak berisi-berisi lagi ?' jangan banyak tanya sangat boleh, tu semua keja Dia, dah Dia tak bagi lagi nak buat macam mana kan, yang korang nak sangat korang buatla sendiri baby korang, boleh macam tu tak ? opsss...pastikan hubungan yang halal oke! Don't give me so many pressure b'coz i'm not the person who easy handle the problem.. Ai.. penatlah nak kena explain tiap soalan yang sama, kadang-kadang rasa macam artis pulak kena menjawab soalan yang sama... euw! Tapi tapi tapi, kenapa soalan-soalan yang macam nie selalu diterjah kat para-para isteri je ? si isteri je ke yang memainkan peranan yang besar dalam hal ni ? si suami tak eh ? eheheheh... just asking je..

Dahla, xde benda nak taip dah, nak uplode gambar raya pulak...( lapok la hang b.. ) ahhh!! aku tak pedulik !! korang kena tengok jugak! hahahah~

ya ustazzz... hehe..1st raya

lama tak snap pic ala-ala comel gituhhh~

hubby wifey sambut syawal sama-sama :)

Salam Syawal ..


Wednesday, September 21, 2011

Tunggu ehh...

Nak menaip, idea mencurah-curah di ladang strawberi, tapi...tapi..tapi.. nak menaip mesti ada :
  1. Mood yang elok
  2. Persekitaran yang baik, bagus, tenang.
  3. Kesihatan yang memuaskan supaya idea lebih memberangsangkan
  4. Minda dalam keadaan tenang
Tue je, anyway one of that aku tak dapat peroleh dalam diri lagi, so, soon I'll update !!

Tuesday, August 9, 2011

Pening la aku.. haihh!

Apakah perasaan anda apabila :
- Tak kahwin, orang dok kalut tanya bila nak kahwin !
- Dah kahwin, orang dok sibuk tanya bila nak dapat anak !
- Dah dapat anak, orang dok sibuk tanya bila nak tambah sorang lagi !
- Dah ada anak lebih sorang, orang dok sibuk cakap ramainya anak dia, aktif !

Orang-orang yang macam ni adalah dinamakan KEPOCI sebabnya sibuk sangat nak ambik tahu hal orang lain dan jugak kain orang lain tapi kain sendiri yang terkoyak tak sedar.
Bila bercakap soal anak, bagi aku itu adalah isu paling sensitif untuk diri aku yang seharusnya aku nak elak dari orang lain bertanya... 'eh dah 8 bln kau kahwin, tak lekat-lekat lagi ke'..otherwise sometimes they will said like this... 'aku dah masuk dua dah ni b, hang bila lagi..' SESUNGGUHNYA rezeki di tangan Maha Esa, kita kat muka bumi ni dah berusaha, bukan tak berusaha, tapi kalau dah tuhan cakap rezeki untuk aku dengan hubby bukan dalam tempoh sekarang apa lagi yang kami perlu buat... usaha lagilah... baru 8 bulan la.. bukan 8 tahun.. so please don't judge by the cover! Penatlah aku... tention, kecik hati, terasa hati, touching and more lah dengan soalan-soalan semua ni...

Sabar jelah aby....
Nampak x aku dah menyampah ???

 


Friday, August 5, 2011

Puasa sudah....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Ramadhan...
Wah! Bulan puasa ni semuanya nak cakap lengkap, perbuatan pun nak lengkap, lain-lain bulan apa pun tak lengkap, apa yang dah aku merepek nih! Hai kawan-kawan, biasa la aku, kalau tak update tu sama ada malas ataupun ... err... hehehe, malas la kot alasan yang ada. Dari tarikh aku update blog ni dah 5 hari seluruh umat Islam berpuasa, dan aku alhamdulillah masih lagi melaksanakan tugasan wajib yang Dia bagi. Berbeza la tahun ni aku puasa, berbeza sangat-sangat. Why ? Oh, sebabnya berpuasa seorang diri biarpun sudah bergelar isteri, tidak dapat menyediakan sahur mahupun juadah bebuka untuk suami sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang yang baru kawin ni, mak abah yang jauh, sekarang bersahur pun minum air dengan makan biskut je, why again ?? bila diri anda tention kestabilan kondisi perut anda bermasalah, jadi akan berlaku pergolakan di dalam perut dimana anda akan sentiasa memeramkan diri didalam tandas! hahahahahah!

Aku stress dengan persekitaran kerja yang memenatkan otak sebabnya aku akan berfikir tentang permasalahn manusia, bukannya permasalahan kerja-kerja yang aku buat. Dan aku jangka riwayat aku kat tempat keja yang baru aku keja untuk gaji sebulan ni tak lama la ... Hey for those people !!! Don't think that I am fool oke! Elok sket.... naya aku tau tak.. bayangkanla, position dah nak sedap, nama position pun agak-agak sedap jugakla, tapi gaji yang aku dapat macam gaji ... hmssss !!! Sabar ab..sabar taw ab...


Ermm... di bulan Ramadhan al-mubarak ni Allah telah membuka hati sahabat aku untuk sebuah kemaafan.. thanks sahabat ... haii... tuela kuasa di bulan Ramadhan, doa-doa akan termakbul sekiranya orang yang berdoa tu memohon dengan seikhlasnya... Alhamdulillah... :)

 Miss this moment... :'(


Thursday, July 14, 2011

HepiBornDay Aby !

 Yes! My birthday.. Happy Birthday to you aby! heeeee~ dah besar... umur pun dah meningkat dah.. huhuh... Bersempena dengan hari ni adalah sikit corat coret aku...dannn ini dia!

Terima kasih mak, selamat melahirkan aby dengan cukup sifatnya, sihat walafiatnya dan dengan semangatnya pada 14 Julai 1986 di hening subuh hari.. Bertungkus-lumus mak melahirkan aby.. menamakan aby.. terima kasih sekali lagi mak. Terima kasih atas segala-galanya eh mak,mak lahirkan insan bernama noorhaida yang sempurna akal dan sifatnya, mak jaga aby kecik sampai besar, mak susukan aby sampai sihat gebu... Mak garang, tapi aby tahu mak garang bertempat, nak ajar aby yang terlebih manja dan degil ni..kan mak ? Tapi aby tahu, mak sayangkan aby, tiap tahun mak mesti sambut birthday aby... hehehe.. kalau tak makan luar mak akan buat sendiri...waima aby dah kawen ni pun mak abah still sambut birthday aby...

Terima kasih abah... jaga anak abah yang manja dengan abah selama ni... dari kecik sampaila bertukar milik.. abah tahukan aby sayang abah..? you are my superhero! Mana tak mana tak manjanya, 5 tahun hidup sebagai bongsu tapi rupanya ada lagi bongsu.. hahahah! Aby banyak ragam kan ? kecik-kecik dulu pantang dengar bunyi moto kapcai KE30 abah tu mesti nak ikut, tekedek kedek mak kejar nak ikatkan rambut aby...ingat lagi masa tu...

Pengorbanan mak dengan abah selama 25 tahun aby hidup tidak pernah dan tidak akan aby lupakan seumur hidup, dan Insy'llah akan aby balas  dengan kasih sayang aby untuk mak abah... sayang selalu Normah dan Badarudin...

 kalaulah ini kek yg aku dapat, tapi bukan aku punya pun.. hee~

Tuesday, July 12, 2011

Terdetik..

Tahu bila orang tak suka kita ? tahu bila orang tak selesa dengan kita ? Tahu bila orang tak puas hati dengan kita ? Tahu bila orang nak kita jauh-jauh dari dia ? Tahu ke?

Aku pun tak dapat nak bagi anggaran tahu ke tak, dari sudut mata kasar sudah tentu dapat kita lihat, tapi dr sudut lisan ? Boleh nampak ke ? Rasanya tak boleh kot... tapi mungking dapat rasa. Betul tak ? Hati aku terdetik lah..tik..tik..tik.. makin lama detikan tu kuat...

 

Thursday, July 7, 2011

Hari itu hari aku

Assalamualaikum dan salam sejahtera, hai!! Lama tak berblogging, lama tak menari-narikan jari di keyboard untuk blog, asyik dengan facebook je. Sebenarnya banyak benda yang berlaku lately untuk diri aku, pertukaran kerja, environment yang menyesakkan, gangguan emosi dan mental yang teruk (tapi belum lagilah aku nak capai tahap mereng), majlis untuk perpisahan untuk aku (untuk aku ke ?? huhu). Hmm...begitulah intro cerita aku kali ni.
Actually perkhidmatan aku di satu tempat di seksyen 3 sudah tamat tempoh temporary aku selama 3 bulan, bajet-bajet dapatlah aku sambung lagi tapi mungkin bukan rezeki aku agaknya, tak pe rezeki dimana-mana. So habis perkhidmatan aku tanggal 31 Jun 2011 bersamaan hari Khamis, aku mulakan kerja ditempat kerja baru pada 4 Julai 2011 di seksyen 13 pulak... punggah !! Baru tiga hari aku kerja dah rasa give up pun ada, ker aku yang tak cekap ? aish!! Please aby ! Think positive okey! Can you please always think positive!!! Set in your mind that you can do it, although sometime it's look like so stupid! hahahah! Dah datang dah gila aku...
Okey2, before aku say bye bye untuk tempat kerja lama, adalah sikit jamuan mengembangkan perut untuk aku... untuk aku ke ? ala, untuk semuala... majlis doa selamat la kiranya eh ? boleh macam tu ? hehe.. Terharu sangatla, terharu..tersayu..terindu...haii...semua ter ter ter lah.. Thanks a lot to En.Hashim, Puan Noraini,Puan Pauzia, Puan Norliza, Puan Hani, Cik Atiqah, Cik Mas Azira, Encik Hasbullah, Encik faisal, Encik Zaim, Encik Faiz dan Encik Sharif.. ambik kau semua orang aku letak..hahaha! Just want to say thanks for everything, you guy's the best !!! The best , the superb, the superman, the superwomen, the.... ala semua 'the' lah! Will going missed you guy's..always.. Jadi, adalah sikit gambar yang tertangkap dan ditangkap yang aku ambil dari kamera dorang ni..


Thank's !!!! Sangat sangat dan sangatlah suka dengan kek ni, menjilat jari kaki!



Macam-macam adaaaaa~



Orang hujung tue pandang macam tak puas hati je dengan aku!



Made by Encik Hashim... thank's papa! Love it so much!!



Thanks my all boss... teaching me for 3 month lepas... (mula dah tacing aku tu.. )



 Boss tak payah nak pandang tapak kaki sangat  oke!
Hasbullah qenyeh-qenyeh jugak, tapi ayat dia berbisa beb!!! huhuhu


Nampak senyum tu ?? tuela senyum suka dapat kek! hahaha~



Here my lady !




Monday, June 20, 2011

Ops !!

Kakak ipar aku ada cakap, bila kita memaafkan orang lain terutamanya yang bersalah dengan kita dan jugak kita bersalah dengan dia, hidup kita akan berjalan dengan lancar sekali, apa yang kita buat pun segalanya baik-baik aja, dan aku dah buat. So, para-para musuh yang memusuhi aku mahupun aku musuhi korang, (hikhikhikhik) aku dah maafkan segala kesalahan sedara sedari terhadap aku... hehehe... ayat skema tak boleh pecaya langsung ! Jangan ada dusta antara kita kata Casey, tapi kan, tapi kan, aku pelik.. kenapa orang susah nak maafkan orang ? kalau kita tukarkan kepada haiwan, adakah haiwan boleh maafkan haiwan yang memusuhinya ? haaa... jawapannya memang taklah kan, tapi , tapi, tapi, adakah manusia akan tergolong dalam golongan haiwan bila tak memaafkan sesama manusia ? haihh... terpesong sangat dah akal aku ni agaknya...tapi...cuba korang fikirkan... Tersangatla menyakitkan hati bila mempunyai musuh, tapi, tapi, tapi tersangatlah tenang hati bila kita memafkan orang. Sebabnya ??? kita dah tak perlu memikirkan dia lagi, tentang negatifnya dia pada kamu, so enjoylah dengan kehidupan yang aman, tenang dan damai... heheheh...tiba-tiba aku bercakap soal kemaafan pulak, pelik kan ? tapi tuela yang selalu manusia-manusia ada, bila ada sifat dan sikap negatif dalam diri akan ada rasa bersalah, trust me..


u will find the best way to forgive anyone u hates!








Thursday, June 16, 2011

Jalan lain

Hai blog, kesian kau kan.. bila diperlukan jer kau hidup, kalau tak diperlukan mati je kau kat situ... hehehe..opss! Sorry... kadang-kadang banyak idea yang mencurah-curah seperti diladang gandum nak kongsi, tapi disebabkan MALAS yang keterlaluan lalu blog dibiarkan je macam tu... maaf yea blog..! Hee....
Ok, sekadar nak berkongsi rasa hati la... hidup ni kadang-kadang rasa sangat adil, dan kadang-kadang rasa sangat tak adil, tapi bila difikirkan balik tuhan dah bagi sama rata untuk hamba-hambaNya, yeala.. dah Dia bagi adil je selalu jadi kadang-kadang ada manusia yang tak tahu bersyukur, mengingati Dia, jadi dia bagilah berlawanan... Tapi tak pe, aku masih kuat untuk melawan arus hidup yang makin hari makin mencabar! Dengan persekitaran, dengan situasi, dengan manusia-manusia... tak apa, aku masih lagi boleh nampak jalan aku yang semakin hari nak jadi lorong.. akan aku teruskan usaha dan terus berusaha mencari yang lebih baik dan yang terbaik, Tuhan Maha Mengetahui apa yang sudah Dia bagi, jadi kitalah yang kena tentukan apa yang Dia dah tetapkan... betol tak ? Nak tertekan sangat pun buat apa, bukannya boleh ada sebarang perubahan pun, tapi kadang-kadang tekanan tu datang tiba-tiba.. haihh...kehidupan..kehidupan...
Jadi jangan sesekali give up!!!! bangun ab dan teruskan berusaha!!! haiiiiiyakkkkkkkkkkkkkkkk!!!!
( dah macam syok sendiri pun ada jugak...!!! )


ke aku kena bertafakur utk merelakskan minda dan jiwa... hmmm...

Wednesday, May 25, 2011

Update!

Sekarang jarang nak berkongsi-kongsi dalam blog, bukan tak nak tapi malassss gila asanya nak menaip, kan ? malas bila sudah datang apa pun tak jalan. Oklah, nak cerita la sikit my life sekarang.. sekarang koordinat aku dah berubah ke shah alam, aku kerja sini dan tinggal disini.. tapi tapi tapiiiiiiiiiii hubby aku dijohor, mencari rezeki disana, so sekarang sorang disana sorang disini lah..hmm...
Aku sekarang kembali ke alam rempit dulu, sebabnya aku pergi keja merempit pagi dan petang !!!
comel x? heeeeee~

style!

haaaa...kan ? style kan bro tu ? tapi aku takdek nak willy ka wikang tekangkang je, juzt bawak 80-100 lepas tu selit-selit je..nak up2 moto tak boleh dan tak nak la..beratttt... hehehehhe..
Kerja aku sekarang ? best, seronok, terbaik, thank to my biras, dia yang bawak aku masuk keja situ.. dan sekarang aku tengah runsing, fikir fikir dan terus menerus berfikir... harus ke aku apply the other job ?yea..dr sudut payment memang rendah la... tapi dari segi environment, the craziest friend yang aku ada sekarang, rasa sayang pulak aku nak tinggalkan.. Tapi, bila difikirkan balik, aku harus mencari the other job yang more payment and such qualified with my expectation.. entahla, banyak benda yang aku sedang dan selalu fikirkan, bila takde hubby disisi rasa macam segalanya yang dibuat keseorangan.. 
But thank God too, sebab Dia berikan aku rezeki ni.. bak sahabat aku cakap, tipa kesusahan yang tuhan bagi pasti akan ada kesenangan..
Dah 6bulan kan aku dengan hubby aku dirikan rumah tangga, mungkin ini salah satu dugaan yang tuhan berikan, rezeki kerja Allah dah bagi, tapi rezeki anak belum ada... takpe aby, sabar taw..
haihh kau... comel sangat la!