Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 31, 2010

AsamPedas VS TempeKicap

Pasal masakn pun boleh nak jadi hal. Mood aku tak berapa nak baiklah hari nie, semua nak jadi hal, dari aku gosok baju kerja hubby aku yang salah saiz jadi hal, terus ke dapur pun aku boleh nak masam muka dengan dia (k, masam muka dengan suami tak baik, k). Orang lain bila hubby nak masak seronok sebab wify boleh bersenang-lenang goyang kaki depan tv tekan-tekan remote control tukar channel, tapi sebabkan mood aku terjejas oleh kerana gosok baju hubby yang bersaiz-saiz tu, masam muka ak setengah hari dengan dia. Aku nak masak asam pedas dengan kebolehan yang baru ak dapat, hubby pun nak masak jugak.......... dia cakap asam pedas melaka dia buat sedpa sampai orang lain akan teringat-ingat. Geram dengan dia aku selongkar peti sejuk tengok ada tempe, apa lagi aku pun masaklah tempe kicap ! huhh.... baran aku tetiba pulak menyelinap ke satu badan. ishh!!

Inilah isunya!! haihh ab... kalau dah baran dia datang benda macam ni pun boleh jadi hal..hmm..


VS

Thursday, December 23, 2010

Johor !

Saya sudah berada dibumi Johor, hehehe.. seronok rasanya bila dapat mendiami kediaman sendiri (perasan, macamlah tu rumah kau!), hahahaha. Tapi hubby tak bawak tv, peti ais, mesin basuh, pinggan, sudu, ubat gigi, plastik sampah... bla bla bla. haruslah di'mention' semua tu kat sini wahai mdm zamawi ??? hishh!! tapi, terujalah! hahahaha...welcome ab.. welcome.. sekarang masanya untuk cari kerja pulak yea tuan-tuan da puan-puan.. 

Ada sikit pencuci mata, jemput-jemputlah cuci yea.. <3



op !op! hehehe

wiwitttttttt!! !!


yang sebelah ada gaya nak jadi penjaga pintu istana negara, yang sebelah lagi tu gaya nak jadi tan sri dah ada tu, yea kan b ?? hehehe

Tuesday, December 7, 2010

Sudahlah hati...

Sudahlah hati.. janganlah macam ni..tak eloklah hati macam ni, tak mau macam ni, tak mau terasa-terasa sangat, tak mau fikir bukan-bukan, yea hati yea.. sudahla tu yer hati..
Tabahlah kau wahai hati, sabar dengan setiap apa yang berlaku, terimalah apa sahaja kehendak dan ketentuan dari Dia..

Friday, November 26, 2010

Bini orang sudah.... :)

Ops ! Ops! Ops!


Kejadian berlaku tanggal 19.11.2010 adalah hari pernikahan aku bersama cinta aku iaitu Mohd Zamawi Hj Muit, yer..betol...aku sudah menjadi isteri lah... a.k.a bini orang sudah..hahaha.. alhamdulillah, dengan sekali lafaz jam 3.40 petang aku sah menjadi isteri kepada beliau dan semestinya beliau adalah suami aku. Hehehehe...




 Ni malam berinai aku, tengok tu... nyamuk gigit pun terpaksa aku tahan! aduh! sempat lagi berelo-helo dengan ushhida.. huhu~

 Ini atok saye... dengan emak saye.. weee~


Batal air sembahyang dengan seutas rantai .. ;)

Yang ini pulak majlis pada 20.11.2010 ... tarikh kenduri sebelah perempuan, iaitu rumah aku.. huhu.. kepada sesiapa yang sama-sama berletihan dengan aku, thank a lot sayang-sayangku... sayang korang taw!



My best Friend ever... M.U.N.I.R.A.H 

Best wo jadi raja sehari ! hahaha.. 

 Lepas sambut pengantin lelaki, kami diarak dengan paluan kompang (kompang kaset!) 


Makan beradap.. si suami siap tambah dua kali lagi! hehehehe.... 

Emak aku cakap gambar ni nampak sangat muka aku iras dia...  

 Bersama emak dan abah mertua dan jugak abang ipar sulung.. ;)


Ada lagi gambar yang nak aku upload, nanti yek, aku tengah menunggu gambar dari kawan-kawan,,

Sayang Suami Saya!!

Saya sayang awak !

Yea...saya sayang awak, memang betul...yea..saya cintakan awak, memang betul. Sayang dan cinta saya kat awak berada di kedudukan ketiga selain Allah dan Ibu bapa saya.. memang tak dijangkakan lagi. Mesti awak pun sama kan ? Kita serupa, perasaan kita antara satu sama lain sama. Saya bersyukur sangat dipertemukan dengan awak. 7 tahun masa berlalu, tak kita sedari..rasa macam baru je saya jumpa awak, rasa macam baru je saya jatuh cinta dengan awak.
 Nak kenang balik detik-detik perkenalan kita.. penghujung 2003 kita kenal, setahun awak tunggu jawapan cinta dari saya, saya ego kan ? awak tak jemu-jemu melayan saya, panggil saya ‘Sayang’ tiap hari padahal saya bahasakan hubungan kita ‘awak saya’ je. Lama kita berhubung dengan Sms dan telifon, lalu kita pun berjumpa buat pertama kali, masa tu kita jumpa di Pizza Hut Bukit Mertajam..awak nak tahu tak ? resit bayaran Pizza Hut tu saya masih simpan taw...31 Julai 2004.. walau dakwat dia dah kelabu saya masih lagi simpan sebab itu adalah kenangan pertama saya dengan awak. Sampai awak dah tahu tabiat saya suka simpan resit-resit atau tiket-tiket wayang lepas saya dan awak sama-sama pergi. Saya simpan sebab saya tahu saya akan lupa suatu hari nanti, saya nak simpan supaya saya akan ingat balik tempat-tempat yang kita pernah sama-sama pergi.
Selepas setahun awak tunggu saya, 10 Mac 2005 kita mula bercinta. Percintaan kita penuh dengan onak dan duri kan sayang ..? tapi kita harungi dengan sabar dan tabah.. 5 tahun kita sabar, berkat sabar kita Alhamdulillah...Allah Maha Mendengar doa kita sayang. Tanggal 18.12.2009, saya jadi tunangan awak, gembirakan kita ? hubungan kita semakin dekat. Bertahun-tahun kita bercinta dengan jarak jauh, nak dibilang selama 5 tahun saya dan awak bercinta tak sampai 50 kali pun kita berjumpa, betul tak? Sebab jarak kita yang jauh.
Awak, saya nak awak tahu..saya sayang sangat kat awak, walau apapun orang kata sayang dan cinta saya tak pernah pudar untuk awak..awak adalah insan yang paling banyak bersabar dengan saya, memahami saya, tak pernah tolak saya waktu saya kesusahan, selalu membimbing saya.. Tapi, adakalanya saya seperti tak menghargai awak kan ? saya minta maaf..  Tiap kali kita berselisih faham awak selalu mengalah walau itu adalah salah saya, saya ego kan ? lebih ego dari awak..saya panas baran kan? Lebih teruk dari awak... saya minta maaf yea sayang..
Sayang..kita akan diijab kabul..tak lama dah .. 19 November 2010 ..lepas ni saya akan bergelar isteri dan awak suami, kita akan sama-sama saling memerlukan antra satu sama lain, kita akan sama-sama memikul tanggungjawab, memahami dan akan jadi pasangan dirahmati dan diredhai oleh-Nya. Sayang..kita sama-sama kumpul duit yer.. awak cakap nak pergi buat umrah sama-sama saya kan bila dah cukup duit nanti ? saya janji kat awak kita akan pergi sama-sama.
Terima kasih sayang...

 opss! aha~

Gula-gula Saya

To all my sweets,
Tahu tak saya sayang kalian ? Tahu tak kalian umpama gula-gula hati saya ? Kita berkongsi pelbagai perkara ... kita lalui pelbagai episod hidup sama-sama ... saya akan merindui kalian..merindui saat-saat kita bersama..sama-sama menanggung duka, sama-sama menanggung suka.. seronok kan ? Ketawa, kecewa.. dan terpisah... perit...
Walau kita akan berjauhan, tapi hati kita akan selalu dan sentiasa bersama kan ? Jangan kita pisahkan hati kita dengan jarak kerana semuanya tidak akan mengubah apa-apa pun dalam hubungan kita semua. Jangan kita jarakkan hubungan kita hanya kerana status kita berlainan. Jangan kerana darjat dan pangkat kita lupa dan tinggalkan sahabat-sahabat kita. Tapi saya tahu, kalian bukan begitu kan? Kalian kan gula-gula hati saya.
Gula-gula hati saya sekalian,
Ingat ya.. saya disini sentiasa dan selalu mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kalian. Moga kita akan dapat bertemu lagi.. saya akan merindui kalian..ya..rindu sama kamu semua..
Itu ja yang saya nak luahkan..ingat ya..kenangan saya dengan kalian takkan saya lupakan..tak akan sesekali.. saya nak habiskan coretan hati saya disini.. Akhir sekali, saya sayang kalian..

Lot’s Of Love,
-Aby-

Wednesday, October 13, 2010

Happy !! Happy !! Happy !!!

Best !!! boleh aku cakap happy sangat laaa...dapat hang out dengan kawan-kawan terbaik aku ni..huhu..thanks taw..thanks jugak kat Umairah Jaafar Siddiq sebab bawak aku pusing-pusing satu 'malaya' ..hahaha... ntah apa bala jek tak tau kedai makan banyak tutup hari selasa, haihh... last-last dapat makan mee goreng mamak terbaek dan ais kacang ! fuuhh...sedap beb !! Masa diambil untuk cik Ummi Habibah cuma sejam jek tuepun sebab dia rest sejam...


Candid la sangat kan... hahaha~ ini ummi habibah.



Beria nak begambar panas-panas pun..haihhh..~ ini umairah.


McD again... hmmm~

So, banyak-banyak tempat lepak, McD jugak yang jadi sasaran..so, kepada Aby, sudah-sudahla tu berMcd... kang tak termuat la baju kawen nanti..susahhh... hahahaha..

Monday, September 27, 2010

JeLi~

Jiwa perempuan umpama agar-agar, kalau tak pelihara ia maka cepatla ia pecah.. pelihara ia, jaga ia supaya ia xkan mudah pecah...

Itu kata-kata sahabat saya..Munirah..thanks darl.. always give me support, advice, thanks a lot..

Maksud kata-kata tue : perempuan mempunyai jiwa yang halus..mudah terpengaruh..sensitif..dan peka, jadi semua tue adalah disatukan menjadi agar-agar ... kalau tak pelihara ia maka pecahla agar-agar tue.. 


Friday, September 24, 2010

S.Y.A.W.A.L


   Syawal... ini adalah syawalku terakhir sebagai seorang yang bergelar 'orang perseorangan' , hehehe...syawal tahun depan aku sambut dengan orang baru..iaitu dengan bakal suamiku...Mohd Zamawi...
So, sempena Ramadhan dan jugak Syawal aku yang terakhir dalam keluarga ni sebelum aku bergelar isteri, aku cuba sedaya upaya untuk lakukan yang terbaik sepanjang dua bulan ni.., aku sediakan sahur untuk family aku, aku tahan je apa perangai kakak aku, aku ikut je apa mak abah aku kata..tapi kan, makin hari aku jadi seorang yang sangat sensitif...hairan...too sensitive.. -_-
   So, macam biasa nak kongsi gamabr raya dengan kawan-kawan ku sayang...hehehe...alahh...aku dah uplod dalam facebook actually...hihihih~

Bergaya dengan silangan kaki yang seksi !!! hahahahah ! posing lepas balik dari masjid... ;)



Ahaaa....ni Badarudin, my lovely dad !!! dengan cucu dia, ala..cucu sedara... ;)) comel kan !?


Kadang ada orang cakap "yang ni yang sulong ke?" (merujuk kepada orang tengah-tengah tu), yang tengah tue my lovely mom okeyh tuan-tuan dan puan-puan sekalian, muda dari anak..hihihi~


Ini sebahagian dari keluarga sebelah abah aku, so ini adalah keluarga makcik aku merangkap kepada kakak abah aku.. ituuuuuuuuuuu di situ atok aku..love u atok!


Raya ke-3 bawak sepupu aku makan char kuteow Kg. Pelet, sebab dia mengidamm...tapi bukan pupu aku yang di atas nehhhh !!!


Ahaaa...inilah dia orangnya..hehehe..kak zana namanya...putri2 dua orang yang abah aku pangku tadi tue her daughter la...cuteee ja!


Hero malaya..(kononnya lah kan..!) bj coklat gelap tue my brother, nama dirahsiakan...hakhahkhaka! yg bj coklat cair tue my cousin.. nama glamour dia Bard..hye Bard..hehe ;)

Sekian sahaja yang dapat saya tonjolkan kepada umum..nantikan lagi post2 yang akan dipertontonkan...eheheheh... 

Wednesday, September 8, 2010

Kebabommmm !!!!!

Itu dia dasyat budak-budak sekarang main mercun, letupkan dalam tin bagi 'lebih feel' kata dorang, tapi nanti confrim dorang akan lebih sakit! haihhh...budak...budak...
Aku baru lepas cari baju raya, yesssssss.......2 hari lagi nak raya baru terhegeh-hegeh nak cari baju raya, jawabnya aku gigit jari jelah....baju yang aku nak tak dapat..busuk-busuk pun kain tue aku berkenan dah tapi alih-alih saiz tak de, then ada saiz tapi kaen aku langsung tak berkenan !
lastly, aku dah dapat, tapi bukan warna pilihan aku! purple !emm...takpee, janji aku agak puas hati dengan performance baju tu, hahahah!

-       peristiwa petang tadi..... -

petang tadi, sedanga ku baru nak sarung telekung nak solat asar, tiba aku dengar bunyi suara anjing menyalak kesakitan, kuat beb !! xkuat xla sampai aku telepas telekung berlari kuar trus. Then bila aku kuar je aku menyaksikan adegan penderaan haiwan !!! jiran aku bela anjing, dia agak selalu la pukul anjing dia, tapi hari ni gila-gila dia pukul anjing tue, pukul dengan apa sampai anjing tue menyalak kuat ????? yaa....batang paip..!kalau orang yang kena pukul macam tue confirm demam sebulan !, akibatnya..anjing tue sampai lembik kaki tak boleh nak bangun. lalu aku dengan mak aku pun kuar, cakap kat indian tue benti pukul anjing tue, then that guy cakap anjing dia selongkar sampah, tue sebab dia pukul, katanya nak gempak2 aje.. mak aku sound la guy tue " you kalau mau bela pukul-pukul tak payah bela la,lepas itu anjing.You dah siksa dia laa! " emm..tue yang indian tue diam trus... Tapi memang kesian gila sampai berair mata aku tengok keadaan anjing tue, lembik !!!!

Pengajaran : plezz la...sayangilah haiwan..dorang pun macam kita...nakkan kasih sayang, dorang sungguhpun xdek akal tapi dorang punya perasaan

Saturday, August 28, 2010

ciptaan tuhan..masyaAllah...




Aku dapat penyakit aku pun tak taw, malam jek ak tak boleh nak tido,time aku boleh tido pun kul 8 or 8.30 pagi baru aku boleh lelap mata, dahtu bangun pukul 1, hehehe...hebat kan???
Tapi setelah mak aku mulai susah hati dengan 'penyakit' anak dia nih dia belikan aku susu tepung and suruh aku minum, then started last night aku dah meminum minuman susu tu...ternyata aku dah boleh tido !!! yesss!! tapi......aku tido 2 jam je, and sekarang ak dah tak boleh tido...
Sementelah aku dah tak boleh tido tue aku buatla keja umah ni haaa....and lepak kat luar jap hirup 'morning air'...tapi aku terpana sikit, ada sunset laaaa....cantik sangat..masyaAllah...
This is the result by my snap ! ;)

cantik x ?? angguk 3x !!
awan itu indah...aku ingat pelangi dengan bulan je yang indah...rupanya awan pun indah... :)

matahari naek betol2 depan umah aku...kalau aku tawula xla aku ke Broga Hill semata-mata nak tengok matahari naik...

Saturday, August 21, 2010

Ra Alif Ya Alif = RAYA

Dah 11 hari puasa..opsss...ak br 7 hari..hehehe..biasa la tueee...well, bercakap soal puasa and raya neh, aku ase segala2nya akan jadi last untuk tahun nih..yealah, last aku berpuasa ngan family, last aku beraya ngan family and kawan2, last itu last ini..,sebabnya lepas je 19.11.2010 aku da terpisah dengan dorang2 suma sbb aku dah ada jalan sendiri, dengan suami..ehem! hehehe....gediks disitu yaaaa... :p
Tapi tahun ni aku ase raya xbpe nk best la..sbb baju raya aku tahun ni xmeriah mcm tahun2 lepas..tahun lepas sebln sebelum raya da siappp...tapi skng...emm...sume sibuk dengan kenduri aku nanti...so pakai jelah baju yang ada...uihhh...tap abah dah janji nak belikan jugak baju raya untuk aku..hehehe..muahhh!! walaupun abah agak moody jek sekarang tp i tetap love u taw!! love abah coooooo much!

Thursday, August 19, 2010

Konflik


Konflik...ingat nak kawen senang ke??? betul apa orang yang da kawen cakap, nak kawen ni bukan benda mudah..susah.. btw, thanks la sebab baru aku merasa sekarang, too difficult!!!
bila perselisihan faham jadik, ase macam tak nak kawen pun ada.. tapi bila fikir dengan penuh kematangan, inilah dugaan pasangan yang nak mendirikan masjid..inilah dugaannya..Dia bagi suma ni pun mesti bersebab kan ? kalau tak bersebab Dia takkan uji hamba2 Dia...emm, aku akan lalui dengan ketenangan..ketabahan..tapi masalahnya sekarang aku tak tabah, aku xsekuat yang disangka, dan sekarang aku takut...bukan aku nak give up tapi aku takut aku kalah...7 tahun aku ngan dia pertahankan tugu cinta takkan aku nak mengalah pulak kan??
Insya'llah... aku akan tabah, aku akan belajar if aku tak boleh... ! sekarang, hari2 aku lalui dengan kesedihan...ke aku yang ter'emo' lebih ????adusssssssss....parah!!!

Friday, July 30, 2010

ketidakfahaman ....

Hyee... ada luahan perasaan and ketidakpuasan hati yang nak ak sampaikan kat sini..bole x ???hihihi~
Hmmm...2 minggu yang lepas kes ni jadi... pada aku benda ni small matters tp bila ia dah berkait-kait dah jadi big matters ! It's happens juz because miss communication between me and her only...then maybe she's mad with me because making her and her husband waiting 4 me...my dear...truely i'm so sorry...aku dah mintak maaf dah kan..tapi npe nak panjang-panjang citer...? nak menyedapkan lagi story neh...dia bertambah marah bila kawan aku yang sorang lagi menyampaikan apa yang dia ceritakan kat kawan aku nih...oh my dear...she's not fault.. dia cuba nk jernihkan keadaan kita, tapi sekarang dahh terjadik miss understood.. what's going on now??
   My dear friend..antara kita aku xpernah nak wujudkan jurang walau apa jua jenis jurang yang ada lagi2 dalam bab pendidikan..tak kira lah aku ada degree ke aku ada master ke sekalipun aku dah pegang PHD (tuepn kalo ada U nk accept aku) , aku xpenah nk pilih2 kawan beb.. deep in my heart aku xmau benda ni jadi panjang..so let's we stop it, ok ??

Wednesday, July 28, 2010

Ikatan yang ditunggu-tunggu selama 6 tahun..( 18.12.2009 )

Nie la sweeeetttt moment aku n dia...hehehe!

  Hmm... aku n si dia telah pn diikat tanggal 18.12.2009 bersamaan dengan hari Jumaat...Alhamdulillah, syukur semuanya selamat. Setelah kami lalui pelbagai cabaran dan dugaan yang dasyat, berkat doa dan kesabaran restu telahpun kami perolehi...alhamdulillah... ;)
  Now, tunggu saat diijab kabul je, hehehehe...agak teruja disitu yaaa ! korang2, aku akan menjemput kalian sume...sama2 raikan hari bersejarah aku..
  Kepada kawan2 yang tersayang..thanks a lot coz korang always be my side xkire tym aku sedih or happy, korang always bagi aku semangat n kekuatan untuk relationship between aku and si dia, thanks a lot, muaaahhh!!! hehehe..kenangan kita sume akan tetap aku ingat sampai akhir hayat aku... ;))
Sayang Korang !!!!




Wednesday, June 30, 2010

Kawan, teman, sahabat ???????


Kawan?? teman ?? or sahabat?????? hmmm...sumanya dlm golongan yang sama iaitu mereka2 ini adalah manusia.. tapi gelaran mereka nie dalam hidup kita mesti laen2 kan ??? so sapekah antara mereka2 yang tergolong dalam setiap yang kat atas tue ????? :))
Kadang ak pn konpius..ada kawan yang kadang bersikap teman tapi dlm sekelip mata bertukar jadi lawan,tp bkn musuh keyh ! apa sebenarnya definisi teman , sahabat ngan kawan nih??? hmmm...mcm2 kawan yang ak ada..ada yang mulut celupar, ada yang maen ckp lepas, ada yang care sgt2, ada yang care tp terlampau care sampai termkn hati pulak..hahaha! kawan2....kawan buatkan aku ketawa, gelak berdekah2, tapi kawan jugak buatkan aku nanges..sedey gila pig... haiiii..tuela kawan kan...ada yang sanggup susah senang, tapi ada yang nak amik kesempatan...haii..tueala kawan...and tuela manusia kan..pe'el manusia xkn brubah... :'(
Manusia yang bernama Aby ni suma sudah maklum cepat sangat meter tacing dia akan naek, da xley nak ubah dah..aku xdapat nak kawal "meter" tacing ak neh...tapi ada yang faham and ada yang x faham...emm...

Sunday, June 20, 2010

Counting my days .... :'(

Just counting my day's to present my STAR MODULE.. to be at SIMA.. hmmm...sedey nak tinggalkan kawan-kawan... tapi... errmmm :'(
Ingat bila dah belajar tinggi-tinggi senang nak dapat keje bila da grad...upanya susah weyhhh...dengan ketidak pandaian aku ni (ehem!!) mana je aku nak keje...hmmm...tengah memikir masa depan neih...dhla nak kawen xlama lagi (chewahhh!!), harusla ak kena carik keje kan... ermmmm
ini sebahagian dari kengkawan SIMA aku...wif our coaches KAK SHA from CMS DEPARTMENT..miss u..

Monday, April 26, 2010

Dunia..dunia...

Aku kadang tak faham dengan para peminta sedekah ni... adakah dowang sedar apa yg dowang lakukan..?? kenapa dowang buat sumer tue??? adakah dowang ni terpaksa dan terlalu terdesak buat sumer tue...?? yang buat aku tertanya-tanya ni, pakcik yang hari-hari ak nampak dia mintak sedekah kat bawah jejambat Petaling Street tue dengan tunjuk anggota badan yang konon-konon tak sempurna then buat-buat pegang tasbih berzikir pakai kupiah, tbe bule lak jalan laju sambil hisap rokok lagi!!! ap hal tue????????? pegang tasbih mulut tekumat kamit tue apa yang dia baca???? Astaghfirullahal'azim... apa nk jadi ni...
  Tapi ada jugak org yang betul2 kurang upaya mintak sedekah...yang ni satu hal pulak.. if we can say yang dowang ni ada anak lah katakan, then mana anak dowang??? ada akal da perasaankah ank-ank dowang kat mak bapak dowang sampai sanggup tgk mak bapak dowang mintak sedekah dengan kekurangan dowang ???
komen sket !!ak nk tawu pendapat kowang~!