Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 14, 2012

Ahli keluarga baru.

Sabtu petang lepas kerja incik hubby ajak aku ke Kipmart Tampoi, kata dia nak jamu mata, ok fine ! Jamu mata di Kipmart oke. Jamu tak jamu lah kan bwk troli tu berisi jugak la dengan ikan udang segala bagai. Masa nak balik jalan-jalan sambil makan nenas potong membontoti incik hubby yang tolak troli aku ternampak ada kakak nie dengan sorang lelaki sambil duduk bertinggung kat tepi longkang besar. Aku pulak ringan je mulut bertanya "Nape kak...?" kakak tu jawab "Ada anak kucing dik dalam longkang neh, tak tawu ke mana dia berjalan tapi mengiau-ngiau dari tadi, kesian akak dengar..." Aku pun bertinggung duduk tepi tue tunggu lelaki foreigner keluarkan anak kucing tu... sambil-sambil tu akak tu membebel kat aku, dia kata tadi dia minta tolong security ( sambil tunjuk kat aku security tu) tapi mamat security tu tak nak tolong, dia kata hanya kerana kucing tak perlu dia nak susah-susah. Marah giler kakak tu ngan mamat sengal lagi biol tu. Ok, aku tunggu je anak kucing tu dikeluarkan, lepas-lepas keluarkan je ya Allah !! tak macam kucing, macam orang minyak setengah badan ! bawah badan dia hitam legam dengan  air longkang.. Then aku tanya "akak tanak bela ke anak kucing neh ?" "tak kot dik.. akak nak selamatkan dia je.."  Sambil aku pandang dia tak berkedip incik hubby terus cakap "yang, kita amik bawak balik kita bela je" haaaaa... kann... kesian la hai aku tengok ... bak kata orang Kedah 'belemoih' habes !


Kebetulan kami beli pasu untuk tanam pokok, rupanya ada hikmah ... ;)


Comot gila dia neh ... hitam legam kaki dia !



Dan sekarang dia dah jadi anak aku dengan incik hubby yang nombor 2, dan dinamakan DEBOO !! Hahahahah... ! sangat cute ! Gemok ! Mata kelabu ! Warna tompok kuning putih ! Tapi... kakak dia si Omei bermasalah... dia tanak and tak dapat nak terima adik baru dia... haih... pening jugak aku sekarang.. Tapi aku tengok perkembangan setakat malam neh aku biarkan Omei ngan Deboo get along... macam nak oke je.. Nanti aku follow up cerita dorang ni ok.