Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 7, 2012

Coret

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Pendam,
Tak siapa yang tahu,
Tak siapa yang perasan,
Tak siapa yang mengerti...

Sedih,
Pada siapa untuk dikongsi ? 
Pada siapa yang ingin tahu ?
Pada siapa yang mahu tahu ?

Sunyi,
Cuma aku yang merasa,
Cuma aku yang mengerti,
Cuma aku sahaja yang menanggung...

Kasihan... kasihan...kasihan...
Dia yang tahu apa yang terbuku, Dia yang tahu apa yang tersirat,
Dia yang tahu segalanya,
Kerana Dia yang mengatur kehidupan hamba-hambaNya...

Wednesday, May 23, 2012

RINDU NAK MENAIP !

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Selama 3 bulan blog nih berseorangan tanpa ditemani oleh coret-coretan dari aku.. alahai... kesiannya.. bersawang habes !!! Biasalah, agak sibuk sekarang.. mana nak jaga anak lagi, asbend lagi, rumahtangga lagi, kerja kat office lagi, manusia kat tempat kerja lagi, macam-macam hal lah yang memerlukan perhatian aku. Oleh kerana kekangan masa dan waktu ( bukan sama je maksud dia ?? ), maka sunyila blog ni.. Tapi aku selalu dan sentiasa ingat dengan blog ni... and now I'll try to make this blog more cheerful than me! Tu pun kalau boleh la kan... heu heu heu... ( ketawa gedik mengikut peredaran zaman )

So, untuk mukadimah ini dululah catatan coretan aku yang se-simple mungkin ni, nanti aku taep taep dan taep lagi sampaila ramai makhluk tuhan yang sudi menjengah dan membaca blog aku ni...
Wassalam..




Tuesday, February 14, 2012

Ahli keluarga baru.

Sabtu petang lepas kerja incik hubby ajak aku ke Kipmart Tampoi, kata dia nak jamu mata, ok fine ! Jamu mata di Kipmart oke. Jamu tak jamu lah kan bwk troli tu berisi jugak la dengan ikan udang segala bagai. Masa nak balik jalan-jalan sambil makan nenas potong membontoti incik hubby yang tolak troli aku ternampak ada kakak nie dengan sorang lelaki sambil duduk bertinggung kat tepi longkang besar. Aku pulak ringan je mulut bertanya "Nape kak...?" kakak tu jawab "Ada anak kucing dik dalam longkang neh, tak tawu ke mana dia berjalan tapi mengiau-ngiau dari tadi, kesian akak dengar..." Aku pun bertinggung duduk tepi tue tunggu lelaki foreigner keluarkan anak kucing tu... sambil-sambil tu akak tu membebel kat aku, dia kata tadi dia minta tolong security ( sambil tunjuk kat aku security tu) tapi mamat security tu tak nak tolong, dia kata hanya kerana kucing tak perlu dia nak susah-susah. Marah giler kakak tu ngan mamat sengal lagi biol tu. Ok, aku tunggu je anak kucing tu dikeluarkan, lepas-lepas keluarkan je ya Allah !! tak macam kucing, macam orang minyak setengah badan ! bawah badan dia hitam legam dengan  air longkang.. Then aku tanya "akak tanak bela ke anak kucing neh ?" "tak kot dik.. akak nak selamatkan dia je.."  Sambil aku pandang dia tak berkedip incik hubby terus cakap "yang, kita amik bawak balik kita bela je" haaaaa... kann... kesian la hai aku tengok ... bak kata orang Kedah 'belemoih' habes !


Kebetulan kami beli pasu untuk tanam pokok, rupanya ada hikmah ... ;)


Comot gila dia neh ... hitam legam kaki dia !



Dan sekarang dia dah jadi anak aku dengan incik hubby yang nombor 2, dan dinamakan DEBOO !! Hahahahah... ! sangat cute ! Gemok ! Mata kelabu ! Warna tompok kuning putih ! Tapi... kakak dia si Omei bermasalah... dia tanak and tak dapat nak terima adik baru dia... haih... pening jugak aku sekarang.. Tapi aku tengok perkembangan setakat malam neh aku biarkan Omei ngan Deboo get along... macam nak oke je.. Nanti aku follow up cerita dorang ni ok.

Saturday, January 28, 2012

Fahami Mereka.

Assalamualaikum...

Kekangan masa buatkan aku jarang meluah perasaan di blog ni.. ( agak skema kan ? k, back to normal! ) , tapi tapi tapi aku berFACEBOOK hari2 ! Cuma nak menaip di ruangan blog ni memerlukan perahan idea yang bernas lagi banyak untuk menjadikan ruangan ini tidak bosan. So, ruangan kali ni aku nak bercerita tentang haiwan, boleh terimakah korang ? Ah, boleh ke tak korang kena baca jugak, jugak dan jugak ! ;)

Aku follow a few bloggers yg cintakan haiwan ni, such like papa meow , papa heromeowwmania and so on... best! Macam-macam pengalaman dan pengetahuan baru yang aku belajar, contohnya macam mana nak kenal haiwan macam kucing yang ada sporo.. haaa... korang tahu tak apakah itu sporo ?? Sporo yang mana bukan sejenis kenderaan berat mahupun ringan, jugak bukan sejenis makanan bercirikan Italy.. nak tahu mengenai Sporo ?? Sila jelajah link ini.. kucing terbiar anjing jalanan . 

Kadang-kadang aku tak faham dengan sikap manusia, cukuplah kita tengok di kedai makan.. kucing mestilah besepah-sepah di kedai-kedai makan kan, sebab apa ? Mungkin sebab kucing itu yang suka hidup nomad ataupun ada manusia yang tak berapa ada hati dengan perut yang serasi buang anak-anak bulus dorang yang tak bulus lagi di tempat-tempat bajet kucing dorang akan dapat makan hari-hari, padahal kena meminta sedekah untuk dapat tulang ayam pn. Sedihla... kenapa ada manusia yang macam ni.. kadang tengok ada kucing mengiaw-ngiaw tapi tak diendahkan manusia untk bagi kucing tu walau sedikit pun.. kadang tengok sampai ada kucing yang terlalu lapar agaknya sampai memanjat-manjat, tapi yang menjadi sadis ditendang pulak oleh manusia ni... SAKIT HATI TAK ??? Banyaklah peristiwa kucing-kucing terbiar dijalanan ni.. belum lagi tengok kucing-kucing di pasar, kadang tengok ada yang montel bulu pun ala-ala parsi, tapi merempat di tong-tong sampah... alahai kamu... takpe sayang... kamu makhluk yang takde dosa..
Pelik dengan sikap manusia yang terlalu memandang jelik dengan haiwan-haiwan jalanan neh... kes anjing pun sama, kenapa perlu memandang binatang tu dengan penuh rasa keji, jijik ? dia jugak makhluk Allah, Allah yang ciptakan dia, yea anjing binatang haram, tapi tolonglah... jangan sempitkan pemikiran korang... tak semua part menunjukkan anjing itu terlalu hina, belajar lah... 

Aku bukan nak jadi penceramah haiwan jalanan kat sini ke apa ke, but I am the animal lover, so why not we share each others with you guys .. ? Ni ada video yang aku nak share.. Papa Meow mintak izin dr penunngu gua ea nk uplod letak kat cni.. hehehe... http://www.youtube.com/watch?v=Ntm6BpeCQ4k&feature=player_embedded#!

Oklah, ni je yang sempat aku nak bebelkan, mengantuk ... nak siapkan makan minum Omei dulu sebelum tido ... 

Monday, January 16, 2012

..

I MISS MY MOM... I MISS MY DAD... VERY MUCH... LOVE BOTH OF YOU WITH ALL MY HEART... damn missed .. !! :'(


aku itu ini dia

Salam...

Tahun Baru
Semua orang sambut tahun baru dengan meriahnya, gilang gemilangnya, dengan azam barunya.. wah !! Bestnya !! Tapi aku terlupa, yang umur aku pun meningkat sama, oh Tuhan.. terima kasih kerana panjangkan usiaku.. Tapi tak sangkakan, oh itu adalah usia saya dan itu adalah saya yang masih lagi dalam percubaan untuk mendapatkan zuriat yang selama ini sentiasa ditanya-tanya orang sekeliling. Semakin lama semakin menyesakkan aku, tapi ... haih... macam mana la boleh aku luahkan ni... kadang-kadang sedikit sebanyak cerita orang-orang sekeliling adakalanya bermain-main dalam otak aku, cerita dari oang-orang yang sudah berkahwin dan mempunyai cahayamata, kata dorang lepas dapat anak perhatian akan diberi lebih untuk anak, ibu ?? pandai-pandailah kau... hahahaha! Betol ke ?? Agaknya depends jugak kot kan ... hope encik asben aku tak lah macam tu... hope encik asben tak lupakan wifeynya.. Amin... -_-

Anak Angkat
Aku bela anak, yer.. anak !! Anak bulus. Nama Omei, anak gelandangan, dipelihara oleh mama babah yang amat sayangkan dia, mata kuning bulu kuning, dan tersangat sangat nakal dan lincah ! Hari-hari mintak babab, tapi aku babab manja la... takdela mendera... sayang omei !!


Syg mama tido sangat nyenyak !!


Dah jatuh bangun balik tido tempat sama tapi ubah posisi ! Hahahaha !! Omei...omei...

Kehidupan
 Kadang-kadang terasa hidup ni tidak adil, tidak adil untuk aku, tapi kalau difikirkan balik, adilkah aku untuk semua orang ?? Mestilah tak kan.. tapi.. Aku bersyukur, sebab atas semua perasaan inilah membuatkan aku lebih sabar sabar dan sabar ;) Tapi sabarkah aku ?? Tuhan je yang Maha Mengetahui... Aby, satu nama yang diberikan untuk seorang wanita yang kadang-kadang perangai dan tingkah-lakunya susah diramal, itulah aku.


Apalah aku nak bebelkan kali ni... otak ni penuh dengan benda nak diluahkan, macam nak dimuntah-muntah dalam blog ni, but at certain part we should hiding from other's right... tapi... hmmm... whateverlah, just want to say, even i'm here, i'm here just because of you, i'm here just want to be with you, and don't ever you put me downstairs but the others upstairs ...