Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 14, 2011

HepiBornDay Aby !

 Yes! My birthday.. Happy Birthday to you aby! heeeee~ dah besar... umur pun dah meningkat dah.. huhuh... Bersempena dengan hari ni adalah sikit corat coret aku...dannn ini dia!

Terima kasih mak, selamat melahirkan aby dengan cukup sifatnya, sihat walafiatnya dan dengan semangatnya pada 14 Julai 1986 di hening subuh hari.. Bertungkus-lumus mak melahirkan aby.. menamakan aby.. terima kasih sekali lagi mak. Terima kasih atas segala-galanya eh mak,mak lahirkan insan bernama noorhaida yang sempurna akal dan sifatnya, mak jaga aby kecik sampai besar, mak susukan aby sampai sihat gebu... Mak garang, tapi aby tahu mak garang bertempat, nak ajar aby yang terlebih manja dan degil ni..kan mak ? Tapi aby tahu, mak sayangkan aby, tiap tahun mak mesti sambut birthday aby... hehehe.. kalau tak makan luar mak akan buat sendiri...waima aby dah kawen ni pun mak abah still sambut birthday aby...

Terima kasih abah... jaga anak abah yang manja dengan abah selama ni... dari kecik sampaila bertukar milik.. abah tahukan aby sayang abah..? you are my superhero! Mana tak mana tak manjanya, 5 tahun hidup sebagai bongsu tapi rupanya ada lagi bongsu.. hahahah! Aby banyak ragam kan ? kecik-kecik dulu pantang dengar bunyi moto kapcai KE30 abah tu mesti nak ikut, tekedek kedek mak kejar nak ikatkan rambut aby...ingat lagi masa tu...

Pengorbanan mak dengan abah selama 25 tahun aby hidup tidak pernah dan tidak akan aby lupakan seumur hidup, dan Insy'llah akan aby balas  dengan kasih sayang aby untuk mak abah... sayang selalu Normah dan Badarudin...

 kalaulah ini kek yg aku dapat, tapi bukan aku punya pun.. hee~

Tuesday, July 12, 2011

Terdetik..

Tahu bila orang tak suka kita ? tahu bila orang tak selesa dengan kita ? Tahu bila orang tak puas hati dengan kita ? Tahu bila orang nak kita jauh-jauh dari dia ? Tahu ke?

Aku pun tak dapat nak bagi anggaran tahu ke tak, dari sudut mata kasar sudah tentu dapat kita lihat, tapi dr sudut lisan ? Boleh nampak ke ? Rasanya tak boleh kot... tapi mungking dapat rasa. Betul tak ? Hati aku terdetik lah..tik..tik..tik.. makin lama detikan tu kuat...

 

Thursday, July 7, 2011

Hari itu hari aku

Assalamualaikum dan salam sejahtera, hai!! Lama tak berblogging, lama tak menari-narikan jari di keyboard untuk blog, asyik dengan facebook je. Sebenarnya banyak benda yang berlaku lately untuk diri aku, pertukaran kerja, environment yang menyesakkan, gangguan emosi dan mental yang teruk (tapi belum lagilah aku nak capai tahap mereng), majlis untuk perpisahan untuk aku (untuk aku ke ?? huhu). Hmm...begitulah intro cerita aku kali ni.
Actually perkhidmatan aku di satu tempat di seksyen 3 sudah tamat tempoh temporary aku selama 3 bulan, bajet-bajet dapatlah aku sambung lagi tapi mungkin bukan rezeki aku agaknya, tak pe rezeki dimana-mana. So habis perkhidmatan aku tanggal 31 Jun 2011 bersamaan hari Khamis, aku mulakan kerja ditempat kerja baru pada 4 Julai 2011 di seksyen 13 pulak... punggah !! Baru tiga hari aku kerja dah rasa give up pun ada, ker aku yang tak cekap ? aish!! Please aby ! Think positive okey! Can you please always think positive!!! Set in your mind that you can do it, although sometime it's look like so stupid! hahahah! Dah datang dah gila aku...
Okey2, before aku say bye bye untuk tempat kerja lama, adalah sikit jamuan mengembangkan perut untuk aku... untuk aku ke ? ala, untuk semuala... majlis doa selamat la kiranya eh ? boleh macam tu ? hehe.. Terharu sangatla, terharu..tersayu..terindu...haii...semua ter ter ter lah.. Thanks a lot to En.Hashim, Puan Noraini,Puan Pauzia, Puan Norliza, Puan Hani, Cik Atiqah, Cik Mas Azira, Encik Hasbullah, Encik faisal, Encik Zaim, Encik Faiz dan Encik Sharif.. ambik kau semua orang aku letak..hahaha! Just want to say thanks for everything, you guy's the best !!! The best , the superb, the superman, the superwomen, the.... ala semua 'the' lah! Will going missed you guy's..always.. Jadi, adalah sikit gambar yang tertangkap dan ditangkap yang aku ambil dari kamera dorang ni..


Thank's !!!! Sangat sangat dan sangatlah suka dengan kek ni, menjilat jari kaki!



Macam-macam adaaaaa~



Orang hujung tue pandang macam tak puas hati je dengan aku!



Made by Encik Hashim... thank's papa! Love it so much!!



Thanks my all boss... teaching me for 3 month lepas... (mula dah tacing aku tu.. )



 Boss tak payah nak pandang tapak kaki sangat  oke!
Hasbullah qenyeh-qenyeh jugak, tapi ayat dia berbisa beb!!! huhuhu


Nampak senyum tu ?? tuela senyum suka dapat kek! hahaha~



Here my lady !