Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, February 26, 2011

no title

menahan hati !

stupid thing !

Bila hati aku mula jelak dan jelik dengan sikap kau pastinya aku akan berasa begitu menyampah sekali. Tapi kadang-kadang kerinduan yang menebal buatkan menyampah aku pada kau terlindung, menyampah betul ! Sebab kau pernah jadi kawan aku dan masih lagi kawan aku. So, no need to mention  to everyone what you have, complete tell to everyone each thing you buy with the RM ?, no need! no need! I've been too jealous with you, yeah I am ! So, no need to do that nonsense thing keyh my dear.. And u also, don't be so cruel to your friend that also being my friends too, jangan hanya list dia ada aku then terus remove dia from your list..no no no...don't..don't..don't... that's so stupid thing n not 25years old attitude. So, think it dear...


Tuesday, February 22, 2011

Cherating time !!

Sabtu dengan Ahad lepas pergi Cherating, ikut hubby punya hari keluarga ataupun family day dorang..hehehe...dua hari je ke hang pi bi ?? iyelaaa...2 hari je aku pegi.. kalau honeymoon bebetol dua hari tue tak berapa nak memadai sangatla...kan?  Dari Johor ke Cherating ambil masa 8 jam...kebas segala yang ada kat badan, tapi the conclusion is so fun la.. dapat kenal orang yang aku tak pernah kenal, it's ok for me lah. So nak share la jugak gambar kat sana... tak banyak pun snap, uncensored adalah takkan aku nak upload jugak kan.
 wajah yang sangat sihat !!



damai...


tenang.. 


Opss !!! u dah kacak dah b, i pulak tak bape nak comel... hahaha!


ini oke kan ? boleh la kan...


b, i love u taw..


n u...


nak jugakkkkkkk tu ha!


non-smoking room, thank God !






Monday, February 21, 2011

Lagi-lagi buang bayi !!

Aku nak emo sikit pasal hal ni, BUANG BAYI! Lagi kes buang bayi dalam surat khabar Kosmo, di Petaling Jaya, kebiru-biruan baby tu yang dijumpai org ramai dalam beg plastik, BODOHNYA MANUSIA YANG BUAT TU!! Aku tak rasa dia manusia, binatang pun sayangkan anak oke! Lembu, kalau anak dia mati dia akan tunggu sebelah anak dia 2 3 hari, tengok !! Sayangnya haiwan pada anak !? Habis yang manusia ni dikategorikan dalam jenis apa ? haiwan pun tak manusia pun lagilah tak kan ? Aduhhh.... orang lain punya masalah aku pulak yang nak emo-emo kan? bukan apa... yang kau buang tu, MANUSIA! yang kau bunuh tu BAYI! Dah tak tahan sangat kau kahwin ajela... napa nak tambah tambahkan dosa kau ! Yealah kan.. kubur lain-lain... lagipun sape lah aku nak nasihat kau, lagipun kau kenal aku ke? aku kenal kau ke ??? aku pun tak tahu sape yang buang buang bayi ni... tapi ak KASIHAN... aduhaii... semoga roh-roh para hambaNya yang tidak berdosa ini dicucuri olehMu ya Allah...

* no picture taken, tak sampai hati nak letak picture bayi bayi menyayat hati tu... :(

Thursday, February 17, 2011

Kisah mereka.

Nining, nama kucing yang baru aku dengan hubby ambik, panjat tangga satu persatu sampaila ke tingkat 16 untuk cari suara halus nyaring-nyaring tu..yes! dapat! anak kucing, berbulu kuning ekor patah.. nampak je aku dengan hubby terus dia terpa, bergesel gesel kat kaki kami, urmm..laparlah ni. Kami turun ikut tangga dia pun ikut kami sampaila sekarang kami membelanya. Sekarang dia nakal, suka main kejar-kejar dengan aku and main bola dengan my hubby, hahaha! Comel betol ! Sekarang dah berisi, gemok sudahh... kucing lain kalau bagi susu melahap bukan main, tapi nining ni bagi susu dia tengok je..' air apa jelah tuan aku bagi ni..' hahahaha! Habiskan waktu siang dia dengan berdengkur dan aktif waktu malam, yang paling buat ak bangga dengan si nining ni 1st day dia mula menetap kat rumah kami dia dah pandai membuang kat bilik air.. tapi kadang-kadang tu berterabur jugaklah dia sebab kurung dalam bilik so terbuanglah air segala air dia dalam bilik tu jugak...hahahah! Tak apa nining, kami tetap sayang nining.




caption pasal picture-picture ni aku letak dalam my facebook, malas dah aku nak ulang-ulang, so klik sini la eh.. http://www.facebook.com/album.php?id=100000665894321&aid=43906

Mingming, seekor kucing yang aku dan keluarga aku bela sejak-sejak kematian keturunan Comel hinggalah kematian Comel, sebab sakit...arghh! Tragis ! Tak mau aku ingat saat-saat kematian semua kucing aku yang boleh dikira puluh jugak la... So, al-kisah mingming... diambil dari tuan yang tak tahu cara hendak membela kucing yang hanya menyediakan tempat berteduh tapi bukan tempat untuk menghilangkan lapar dan dahaga, so my mom decide untuk ambil jugak mingming as adopt cat, nie pun sebab adik aku yang nak sangat masa tu dia demam teruk, so mak aku taknak hampaan adik aku mak aku pun ambil...hehehe..
Sayang, mingming aku paling sayang.. dengar cakap...toleh bila aku panggil nama dia.. berlari-lari bila dengar suara aku panggil dia... kekiri kekanan perot dia bila dia lari dapatkan aku..hihihi...miss u lah sayang...So, sekarang dah berjauhan dengan dia..dengan my family, if call my mom pun mesti dan wajib tanya 'mingming sihat ke mak' and one day my mom told me 'by, tadi mak cari barang dalam bilik hang, mak lupa keluaq dari bilik hang tutup lampu dengan pintu, duk sat tu mingming mengiaw kuat sungguh dalam bilik hang, mak suruh ina bagi makan, ina kata dia dah letak makanan dah, tapi mingming bunyi lagi dalam bilik hang, mak masuk bilik hang rupanya dia duduk atas katil hang, dia ingat hang ada dalam bilik, dia panggil hang tu...' aduh! Menitis air mata aku... dengan suara mak yang ala-ala nak serak tu pulak...haihhh...



Semua gambar-gambar my cat diatas semuanya latest latest... mingming gemok kan ? Sayangilah haiwan, jangan bersikap kejam dengan haiwan, mereka mereka ini yang akan mendoakan kalian sekiranya kalian ikhlas berbuat baik dengan mereka.

Tuesday, February 15, 2011

Maulidur Rasul.

Salam Maulidur Rasul...
Marilah kita hayati bersama perjuangan Rasulullah S.A.W bersama sahabat sahabat Baginda dalam memperjuangkan Islam.. jangan hanya kita menyambut hari bersejarah ini hanya sekadar 'oh, hari ni maulud nabi, nk kemana ha..cuti2 nih' no no no...bukan bukan bukan..  penuhilah hai ini dengan berselawat ke atas Baginda dan menghayati perjuangan Baginda S.A.W.

Wednesday, February 9, 2011

Aku bukan sesempurna mana!

Aku bukan seorang yang sempurna !
Tak boleh masak sesedap Chef Wan
Tak pandai bercakap macam Oprah Winfry
Tak boleh nak buat semua benda macam Nanny Mcphee

Aku adalah aku !!
Aku perlukan masa untuk jadi sesempurna tu ! Aku akui aku jahil dalam bidang masakan, banyak benda aku tak kenal, and honestly jenis-jenis ikan pun aku belajar dari hubby aku !Bukan sebab mak aku tak ajar, tapi aku yang tak amik 'pot' sangat hal-hal tu. Alhamdulillah, hubby aku tak banyak mulut, dia sabar ajar aku masak, dia sabar tunjukkan aku mana yang aku tak tahu. Itulah sebabnya aku suka duduk rumah dari aku duduk rumah orang, sebab orang akan nampak kelemahan aku, dan aku paling tak suka kelemahan aku dimulut-mulutkan.Biar kelemahan aku hubby aku yang tahu, hubby aku yang akan tegur, hubby aku yang bentukkan aku. Aku adalah seorang perempuan yang lahir pada tahun 1986 dan membesar dalam keadaan lampu kalimantang! Bukan lagi lampu minyak tanah!

Aku tak marah, sekalipun membenci. Cuma terkecil hati, hati aku sensitif! Aku seorang yang peka, bukan pekak! Aku tahu bila orang akan bercakap, kisahnya lambat atau cepat ja!

Sekian,


Tuesday, February 8, 2011

R.A.P.U.H

Aku bukan manusia yang berjiwa kental
Aku manusia yang rapuh
Manusia yang emosional
Manusia yang mudah tersentuh
Manusia yang amat peka
Jangan sesekali menipu aku

haihh aby, dah cuba nak berubah ke arah seorang yang berhati kental, tak mudah terasa-terasa.. tapi.. KENAPA TAK BOLEH NI!! Marahnya dengan diri sendiri !!!