Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 3, 2011

Terminal Bersepadu Selatan = TBS !

Wah! Title aku tue pun sudah menunjukkan agak megah untuk diri aku sendiri sebab pertama kali jejak kaki ke TBS ! hahahahaha! Gile jakun sukun betollah hang ni aby! hahahah! ok ok, stop it! Gelak je keje kau! Aku ke kola lumpoq hari tu sebabnya attend interview yang paling indah yang pernah aku alami, mana tak indahnya...indah khabar dari rupa.. penat-penat datang jauh-jauh, rupa-rupanya aku kena jual insurans, tapi by phone la... tak nak la aku!! Lagipun assessment yang dorang kasik pun aku tak pass, so hip hip horeyy la for me kan. So, memandangkan encik hubby pun ke kl sama sebab ada taklimat hape tah so kami berdua terus pulang ke Melaka Bandaraya Bersejarah untuk menziarahi mak abah mentuaku.. so punya nak trai-menerai nak naik bas dekat BTS, so kami berdua pun terus bergegas beli tiket naik ERL sebab nak tunggu naik komuter-star bepeluh jugakla ketiak kami, bag pulak berat macam isi bata! Turun ke BTS kami menapak ke TBS... wow! Hati berbunga-bunga, dah macam jejak kaki kat KLIA dah! hahaha ! jakun..jakun... so, kami pun pergila beratur dekat kaunter beli tiket yang orang dalam tu boleh dikira dengan jari kaki tangan ! Sampai turn kami, "dik ada lagi tak tiket ke melaka?" "ada, tapi pukul 9 mlm la yang tinggal, awal-awal ni semua dah sold out" "urmm... xpela 9 pun 9 lah, berapa?" "abg sila pilih tempat duduk abg n akak kt skrin depan tu" aku dengan husband dah macam..errrr...ok.. so touch touch dah settle bab tempat duduk, now " abg bak mykad, sekali dengan akak" again both of us errr....ok..! tup tap tup tap dalam 10-15 minit siap, maka keluarlah tiket kami berdua... siap dengan nama kami lagi! See see ?? macam naik flight kan ?? hahahaha!! So, main of the story.. sekarang semuanya serba canggih! maklumla nak capai matlamat wawasan 2020 ni..tapi.. sistem yang sistematik sangat ni lambat la...kena tunggu 10-15 min..baru dapat tiket.. kenapa eh..?urmm...memang macam ni kot style nye... hehehe..


senget!!


nampak tak ?? see see ??? hahahahah! my name at ticket tuuuuuuuuu!!! (sah peqak!)


see ????? nama laki aku pun ada doe!!! hahahahah!! sental betol la hang ni b!


bagi senyum sikit aihh... asyik nak tunjuk muka ganaih ja... hihihi -v-


kusyuk gila en hubby baca Pa&Ma., xpe b, membaca untuk pengetahuan.


Tuesday, March 1, 2011

MakAbah ILebiU !

Menahan kerinduan, sebak didada tak tertahan... dah 3 bulan tak pandang wajah dia, dah 3bulan tak berbual bermesra dengan dia, dah 3bulan tak menyentuh dia, rindu sangat! Aku rindu mak abah akula...mesti korang fikir " 3bulan xjmpa laki dia??? ish ab nih..." hahahah...!Bila rindu tak dapat dibendung aku call mak aku, macam tadi aku baru lepas bual-bual dengan dia, kejap pun xpe, janji aku dah dapat dengar suara dia, dia ceria macam biasa.. kami gelak-gelak. Dulu time aku belajar, bila aku balik je malam sampai malam tu jugak kami bual-bual, tak cukup sambung pulak esok pagi sampai petang, hahaha... macam-macam dibualkan.. Dengan abah jarang sembang, tapi abah aku senang la nak communicate dengan dia, abah aku abah yang paling baik, paling perfect dan sempurna...Aku nak jadi sesempurna mak abah aku..hmm...Aku tak pernah lagilah lama macam ni tak jumpa mak abah aku.. ini pertaman kali dalam hidup and maybe aku kena mula belajarlah berjauhan dan jarang nak bersua muka, sebab kami jauh... terpisah oleh highway utara selatan, terpisah oleh beberapa sungai, terpisah oleh beberapa gaung curam.. dan paling penting terpisah oleh begitu banyak TOL... kalaulah dikurangkan tol-tol yang ada kt sekelian alam yang memisahkan kami nih sebulan sekali boleh jugak aku balik.. hehe (harapanlah hang b oi!)
Aku nak balik jumpa dorang nih, insy'llah this weekend... hope semua berjalan lancar.. kita merancang tapi Allah yang tentukan.. Aku kerinduan GILA dah kat dorang.!! -_-