Pasal masakn pun boleh nak jadi hal. Mood aku tak berapa nak baiklah hari nie, semua nak jadi hal, dari aku gosok baju kerja hubby aku yang salah saiz jadi hal, terus ke dapur pun aku boleh nak masam muka dengan dia (k, masam muka dengan suami tak baik, k). Orang lain bila hubby nak masak seronok sebab wify boleh bersenang-lenang goyang kaki depan tv tekan-tekan remote control tukar channel, tapi sebabkan mood aku terjejas oleh kerana gosok baju hubby yang bersaiz-saiz tu, masam muka ak setengah hari dengan dia. Aku nak masak asam pedas dengan kebolehan yang baru ak dapat, hubby pun nak masak jugak.......... dia cakap asam pedas melaka dia buat sedpa sampai orang lain akan teringat-ingat. Geram dengan dia aku selongkar peti sejuk tengok ada tempe, apa lagi aku pun masaklah tempe kicap ! huhh.... baran aku tetiba pulak menyelinap ke satu badan. ishh!!
Inilah isunya!! haihh ab... kalau dah baran dia datang benda macam ni pun boleh jadi hal..hmm..
VS